Buaaya Hidup Dengan Tayar Motosikal Tersangkut Di Leher Bertahun-tahun
Seekor buaya di Palu, Indonesia menjadi tular sejak tahun 2016 selepas dikesan mempunyai tayar motosikal yang tersangkut di lehernya.
Sudah pelbagai usaha yang cuba dijalankan untuk menangkap dan mengeluarkan tayar itu daripada buaya tersebut tetapi tidak berjaya.
Pada tahun 2020 yang lepas, pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran buat sesiapa yang berjaya mengeluarkan tayar tersebut daripada leher buaya itu. Tetapi malangnya usaha itu boleh dikatakan gaagal dan menemui jalan buntu.
Pada bulan December 2020, buaya itu dilihat muncul kembali dan seorang wanita didapati berdiri berhampiran dengan buaya tersebut.
Dalam video tersebut, wanita itu kelihatan tidak gentar malah berani menghampiri buaya berkenaan.
Manakala orang kampung pula menjeerit meminta tanggalkan tayar pada leher buaya yang berukuran kira-kira 4 meter tersebut.
Walaubagaimanapun, buaya berkenaan kemudian beredar dan masuk balik ke dalam air. Dengan saiz buaya tersebut yang semakin membesar, tayar yang tersangkut di lehernya boleh membahayakan dan mengancam nyawaanya.
Menurut pihak berkuasa, operasi untuk menyelamatkan buaya ini agak sukar kerana lokasinya yang sering berubah-ubah. Meskipun perangkap dipasang di satu tempat, buaya ini akan muncul di tempat lain pula.
Selain itu sungai Palu tersebut juga dihuni oleh banyak buaya yang angkanya mencecah ratusan ekor buaya.
Semoga suatu hari nanti buaya ini akan dapat bebas daripada tayar yang tersangkut di lehernya.
Kisah buaya ini juga memberi pengajaran buat kita semua agar jangan sesuka hati membuang sampah atau barangan yang tidak diperlukan lagi ke dalam sungai atau laut.
Sama-sama lah kita berusaha dan bekerjasama menjaga kebersihan mengekalkan keindahan semulajadi flora dan fauna di muka Bumi ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply