Lelaki Ini Langgar Kereta Cina Dan Memang Dia Salah Tapi Apa Terjadi Selepas Itu Dapat Pujian Orang Ramai
Indahnya tinggal dalam Malaysia, satu satu negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama. Bermacam adat dan budaya. Tengok hari Public Holiday pun kita dah tahu.
Dengan bulan Ramadhan di mana semua umat Islam sedang berpuasa sudah pasti bermacam macam dugaan yang akan datang untuk menguji kita.
Perkara ini terjadi kepada seorang lelaki dan ini diceritakan oleh rakan beliau sendiri Baq Kapeloww
Dugaan yang lelaki ini terima memang tidak disangka. Menurut kisah yang diceritakan, rakan Baq Kapeloww telah mengalami kemala ngan dimana dia telah melanggar sebuah kereta. Memang apa yang dia buat adalah salah dan disebabkan itu dia mengalami sedikit kecederaan.
Apa yang berlaku memang diluar jangkaan lelaki tersebut apabila pemilik kereta yang berbangsa cina itu tidak memarahi beliau. Malahan dia membantu lelaki ini ke klinik dan tidak membuat laporan polis walaupun kemala ngan itu terang terang salah lelaki tersebut.
Cerita hari ni..kawan sekerja aku tanpa sengaja pi langgaq keta sorg chinese ni..mmg terang² salah kwn aku tu..tp apa yg aku respect kat sini,uncle tu sikit pun xmarah..
Malah siap bawa kwn aku tu pi klinik dan tanggung semua kos rawatan dan antaq balik rumah..bab keta dia yg rosak tu pun,dia xminta sekupang pun,xnk report polis..dia kata xpa,dia repair sendiri..dia cakap,u org raya sudah mau dekat n ucap selamat hari raya..Ya Allah,terharunya.. – Baq Kapeloww
Komen Netizen
AJ Purple – Trkadg org yg beragama lain lg lebih memahami
Amirul Faiz – Bukan senang nak jumpa orang mcm tu
Yanti Kisut – Terharu mbacanya, biar pun tak paham sangat, inti nya orang cina ni baik hati nya hhhh
Apa yang lelaki cina ini dibuat patut diberi pujian tinggi. Disebakan keberkatan bulan Ramadan semua dapat diselesaikan dengan baik. Tahniah kepada lelaki cina tersebut dan terima kasih dari pihak kami.
Sumber : Baq Kapeloww / KL VIRAL Via Mediaportal
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply