Tabah Bawa Anak Ke Majlis Kahwin Bekas Suami, Tengok Reaksi Mak Tiri ‘Semacam’ pula

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tabah Bawa Anak Ke Majlis Kahwin Bekas Suami, Tengok Reaksi Mak Tiri ‘Semacam’ pula

Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya Dia yang tentukan. Tidak dinafikan bukan mudah bagi mana-mana individu yang sudah berpisah, meng0rbankan rasa kec3wa dan mar4h demi hal-hal yang melibatkan kepentingan anak-anak.

Hal ini kerana seburuk mana pun bekas pasangan, pertalian mereka sebagai bapa atau ibu kandung tidak wajar diputuskan begitu saja.

Lihatlah nak…ayahmu sudah bahagia tanpa kita.

Begitulah juga seperti kisah seorang wanita di Indonesia ini apabila tabah membawa anak perempuannya bertandang ke majlis perkahwinan bekas suami.

Menerusi klip video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @ernisa_chayra, ibu tunggal berkenaan malah naik ke pentas pelamin untuk mengucapkan tahniah kepada mantan pasangannya susulan bakal melangkah ke alam rumah tangga buat kali kedua.

Ayah hulurkan tangan tapi tak disambut si anak…wajah pengantin perempuan tak gembira langsung.

Meskipun si ayah menghulurkan tangan untuk cuba bersalam dengannya, namun ia tidak disambut oleh kanak-kanak perempuan tersebut. Dalam pada itu, ramai turut perasan wajah pengantin perempuan pula dilihat tidak gembira langsung sepanjang detik tersebut.

Secara keseluruhannya, klip berdurasi 23 saat berkenaan telah meraih lebih 5 juta jumlah tontonan setakat ini

Muka ibu tirinya ya ampun, tak rasa bersalah ke…apa kurangnya bekas isteri, lebih cantik padahal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bekas isteri lebih cantik dan sangat tabah mengharungi detik sukar tersebut demi anaknya.

Meskipun punca perpisahan sebelumnya tidak diketahui, namun mereka beranggapan ibu tiri kanak-kanak tersebut tidak seharusnya menonjolkan muka ‘semacam’ di hari perkahwinannya.

Kredit : TkTok ernisa_chayra

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*