(VIDEO) 5 Hari Duduk Atas Siling Kerana Banjir, Seekor Kucing Sempat Bertemu Tuannya Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir
Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang pak cik yang bertemu semula dengan kucing peliharaannya selepas 5 hari terpisah ketika banjir. Menerusi perkongsian pengguna Facebook Aziah Lia, kucing bapanya dijumpai dalam keadaan selamat apabila sempat berlindung di atas siling rumah.
Baru-baru ini, bencana banjir yang berlaku secara tiba-tiba telah melanda di beberapa negeri dan haiwan peliharaan yang dipelihara terpaksa menyelamatkan diri mereka apabila tuan mereka tidak dapat menyelamatkan serta membawa mereka ke tempat selamat disebabkan banyak faktor.
Difahamkan, mereka telah membawa kucing yang berusia 18 tahun itu ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan kerana keadaannya sangat lemah tetapi kemudian kucing itu telah mati dipangkuan pak cik tersebut. Video itu telah mendapat perhatian orang ramai terutama sekali pencinta haiwan dan rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sedih melihat video itu.
Akan tetapi, kucing tersebut ditemui lemah kerana tidak makan ketika banjir menenggelamkan kediaman. Dapat dilihat menerusi video itu, pak cik itu menangis sambil memeluk kucingnya lalu segera mencari makanan untuk kucingnya kerana kelihatan tidak berdaya.
Mulia hati pak cik ni. Masih fikirkan nasib kucing dia walau tengah berdepan ujian banjir.🥺 pic.twitter.com/1zhMPhuuFg
— ☺️ (@rna_nr) December 28, 2021
Tidak hanya itu, rata-rata netizen fahami perasaan tuan kucing itu kerana kucing peliharaan sudah seperti keluarga sendiri.
Malah, para netizen turut berasa terharu kerana kucing itu berjuang hidup untuk berjumpa tuannya buat kali terakhir.
Sumber: thevocket / Kalamindah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply