“Hm, kucing overseas sangat” Gelagat Kucing Nak ‘Termuntah’ Bau Buah Durian Ini Buat Ramai Terhibur

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

“Hm, kucing overseas sangat” Gelagat Kucing Nak ‘Termuntah’ Bau Buah Durian Ini Buat Ramai Terhibur

Ramai yang memilih kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan. Iyalah, bukan setakat comel. Telatah dan gelagat si kucing juga buatkan ramai rasa geram dan terhibur. Memiliki haiwan peliharaan juga dapat dijadikan sebagai teman apabila bosan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TkTk yang memaparkan seekor kucing memberi reaksi lucu selepas tuannya memberi bau buah durian telah mencuri tumpuan.

Auto nak termuntah lepas hidu bau durian

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menghulurkan buah durian untuk kucing kesayangannya hidu.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila kucing itu memberikan reaksi lucu selepas menghidu bau durian. Kucing itu siap menunjukkan riak wajah seperti mahu muntah selepas menghidunya.

Video: Disini

“Comelnya, tapi kucing saya makan durian, habis satu biji durian untuk dia je” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 599K tontonan, 57K tanda suka dan 500 komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*