‘Dia ingat wetfood agaknya’ – Anak Bulus ‘Kerjakan’ minuman smoothies. Habis penuh muka

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

‘Dia ingat wetfood agaknya’ – Anak Bulus ‘Kerjakan’ minuman smoothies. Habis penuh muka

Memelihara haiwan seperti kucing bukan sahaja membuatkan hari kita terisi malah ia juga memberikan seribu satu kenangan untuk diingati suatu hari nanti. Malah bagi si pemilik haiwan ini tiada apa yang dapat membahagiakan apabila menyaksikan keletah kucing mereka.

Apatah lagi bila si bulus kesayangan mereka ini memiliki pelbagai ragam dan perangai. Dalam satu perkongsian rakaman dimuat naik oleh seorang pengguna TkTk dengan nama akaun imaghinasi ini dipaparkan keletah seekor anak kucing yang telah mencvri perhatian warganet.

Dalam perkongsian tersebut si pemilik rakaman merakam minuman smoothies yang dihasilkannya. Namun datang seekor anak bulus ‘kerjakan’ minuman smoothies tersebut telah membuatkan ramai terhibur.

Manakan tidak, habis comot muka si comel ini membuatkan warganet bertambah terhibur menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman anak bulus ‘kerjakan’ minuman smoothies ini:

Alahai sudahlah comel, habis satu muka anak bulus ini ya! Macam-macam hal ya. Tapi itulah si comel ini pun nak merasa juga agaknya. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 3.3 juta tontonan dan 386 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dia ingat Whiskas agaknya”

“Kesian amat tu kucing nya”

“Maaf aku tak boleh tahan gelak”

“Dikira wet food”

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*