Tolong tadahkan tangan supaya kawan tak terh4ntuk, akhirnya dia pun kecundang sama
Hari pertama persekolahan sudah pasti macam-macam ragam yang ditunjukkan oleh para pelajar
Ada yang menangis nak balik rumah, ada juga yang balik dengan tudung senget-benget dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TkTk yang memaparkan seorang budak kecil mengantuk dan tidur dalam kelas namun rakannya terjebak sekali telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video
Mula-mula baik hati tadahkan muka kawan supaya tak terhantuk, sekali dia juga mengantuk
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak sedang berada di dalam kelas sambil diajar gurunya cara solat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak perempuan dilihat sangat mengantuk sehingga tidur di kelas. Dia tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya tersengguk-sengguk.
Rakan di sebelahnya terus melihat dan tolong menadahkan tangan supaya rakannya itu tidak terhantuk. Sekali pada akhirnya, dia juga tewas dan kelihatan matanya terkebil-kebil.
“Member sebelah punya alert, tahan tangan takut dia jatuh. Bagus kawan tu” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 98K tanda suka dan 2K komen di TkTk, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TkTk:
Comel gelagat adik-adik ni. Agaknya jam berapa la tidur semalam ye..
Sumber : says.com via semakanpermohonan
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply