Enggan Mengambil Ris1ko Tanam Padi Akibat Mas4lah Air, Tanah Sawah Jadi Kolam Ikan Jana Pendapatan Lumayan

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Enggan Mengambil Ris1ko Tanam Padi Akibat Mas4lah Air, Tanah Sawah Jadi Kolam Ikan Jana Pendapatan Lumayan

PASIR SALAK: Masalah sistem perparitan dan pemotongan harga padi yang terIalu tinggi mendorong seorang pesawah di Sungai Manik dekat sini menjadikan tanah sawahnya sebagai kolam ternakan ikan. Khairol Fikri Mohamed Amim, 34, mengambil keputusan mengusahakan kolam ikan tilapia dan sepat sejak tiga bulan lalu di atas tanah sawah sendiri di Parit 4A, Sungai Manik.

Menurutnya, keputusannya itu disebabkan sistem peparitan yang menimbuIkan masalah untuk air keluar daripada petak sawah selain potongan harga padi yang tinggi. “Keadaan parit buang air dekat petak sawah saya semak, macam mana kami nak alirkan air keluar dari sawah.

“Sistem pengairan yang tidak sempurna dan isu potongan harga padi yang tinggi mendorong saya menukar tanah sawah seluas dua petak kepada koIam ikan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia. (tidak nyatakan tahun)

Menurutnya, pesawah yang mengusahakan sawah padi di sini enggan mengambil ris1ko untuk menanam padi disebabkan masalah air dalam di petak sawah yang tidak dapat disalur keluar.

Katanya, berikutan masalah itu, ada pesawah yang menanam pokok kelapa sawit namun dia memilih menternak ikan. “Saya yakin ternak ikan sepat dan tilapia mampu memberikan hasil yang Iebih baik kerana nelayan darat juga menghadapi masalah untuk menangkap ikan di sungai,” katanya.

Mengenai ternakannya, Khairol Fikri berkata, buat permulaan dia menternak 10,000 benih ikan tilapia dan 10,000 benih ikan sepat di kolam seluas 250 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Menurutnya, dia menternak dalam dua sangkar berasingan tilapia dan sepat.

“Saya memilih menternak dua jenis ikan ini kerana penjagaannya mudah dan permintaannya tinggi. Saya memerlukan khidmat nasihat daripada pihak yang berkenaan untuk memastikan hasiI yang baik dan mengembangkan lagi ternakan ikan ini,” katanya

Sumber: rentas.asia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*