Hilang Punca Pendapatan, Ibu Terpaksa Berpura-pura Masak Batu Agar Anak-anak Tertidur
Sementara Menunggunya.Hilang Punca Pendapatan, Ibu Terpaksa Berpura-pura Masak Batu Agar Anak-anak Tertidur
Seorang ibu lapan anak terpaksa berpura-pura memasak batu untuk anak-anaknya dengan harapan mereka tertidur sementara menunggu makanan disiapkan.
Peninah Bahati Kitsao mengambil upah mencuci pakaian tetapi hilang punca pendapatan selepas Kenya menguatkuasakan perintah berkurung akibat penularan Cvld-l9.
Menurut Peninah, beberapa bulan lalu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua bilik di Mombas tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Anak-anaknya sering tertidur ketika dia berpura-pura memasak makan malam untuk mereka tanpa menyedari apa yang berlaku.
Bercakap kepada NTV Kenya, Peninah berkata:”Mereka mula memberitahu saya bahawa mereka sudah tahu saya berbohong, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai apa-apa.
Seorang jiran Peninah, Prisca Momanyi bersimpati dengan nasib menimpa keluarga itu lalu memberitahu media tempatan dan membuka bank akaun untuknya.
Sejak itu, Peninah yang tidak tahu menulis dan membaca menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya.
“Saya tidak percaya orang Kenya begitu prihatin selepas saya menerima banyak panggilan daripada mereka yang mahu membantu, ” katanya.
Sumber: Metro.co.uk via arenagempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Leave a Reply