
Lelaki Ini Dipuji Sikapnya Sanggup Terjvn Laut Menyelamatkan Kucing
Video yang dimuat naik di TkTk oleh sailormilo itu memperlihatkan seorang lelaki tanpa ragu-ragu terjun ke dalam laut. Kemudian, dia terus berenang menuju ke arah seekor kucing yang terjatuh ke dalam laut.
Tindakan seorang lelaki berbaju biru yang terjun ke dalam laut demi menyelamatkan seekor kucing dipuji oleh netizen. Video berdurasi kurang satu minit itu telah ditonton di TkTk sebanyak 1.4 juta kali manakala di Fbk pula ialah 4.2 juta kali.
Kucing itu dilihat sedang berpaut pada bahagian bawah kapal dengan keadaan bahagian bawah badannya terendam di dalam air.
Dengan menggunakan tangan kanannya, lelaki itu pusing dan berenang kembali sambil membawa kucing dengan menggunakan tangan kirinya. Lelaki berjiwa besar itu berenang menuju ke kapal di mana rakannya telah menunggu ditangga dan bersiap sedia untuk menyambut kucing yang telah diselamatkan itu.
Apabila kedudukannya semakin hampir dengan kucing, lelaki itu membuka baju yang dipakainya. Dengan menggunakan baju itu, dia mengambil kucing tersebut dan mengangkatnya dengan lebih tinggi daripada paras air laut.
Orang ramai yang menonton video tersebut tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Mereka bersyukur kerana ada penyelamat yang sanggup terjun ke dalam laut demi menyelamatkan nyawa si comel. Mereka juga mendoakan agar lelaki itu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kerana telah menyelamatkan nywa seekor haiwan.
Dengan penuh berhati-hati, rakan lelaki itu mengambil kucing dan menghantarnya ke atas kapal. Syukurlah semuanya selamat.
Melalui komen-komen dis0sial m3dia, dikatakan lelaki yang terjun itu merupakan seorang tntera laut dan netizen yang mengetahui akan hal tersebut telah mengesahkannya. Orang ramai berpendapat tentera laut Malaysia memang terbaik.
Sumber: erabaru
Leave a Reply