Pintu Rumah Terkunci, Anak Jadi Hero Bukakan Ikut Tingkap, Memang Bijak
Ada waktunya, hal-hal yang tidak kita jangkakan terjadi tanpa kita duga. Diuji dengan pintu terkunci tanpa kita sedar memang buat kita ‘down’ seketika. Apa nak buat?
Idea bernas pasangan suami isteri ini yang meminta pertolongan anak kecil mereka yang ‘diseludup’ masuk melalui tingkap memang menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, dengan bantuan si kecil yang dimasukkan melalui tingkap kaca, anak kecil itu kemudiannya berjaya membuka pintu dari dalam. Memang tindakan bijak!
Perkongsian satu video di aplikasi TkTk, @kak.yah95 yang dikenali sebagai Kak Yah menarik perhatian ramai.
“Terkunci pintu dalam rumah, tak boleh masuk. Alhamdulillah anak tolong buka kan pintu,” tulisnya di kapsyen.
Anak kecil itu pada mulanya dimasukkan dengan penuh berhati-hati oleh kedua ibu bapanya menerusi tingkap kaca.
Walaupun kelihatan seperti bingung, tetapi akhirnya anak kecil itu berjaya menuruti arahan tersebut selepas dipujuk dengan penuh manja oleh ibunya.
Sejurus selepas pintu rumah berjaya dibuka, hero penyelamat semua itu sempat menyukir senyuman manis sebelum dikucup ibunya. Memang anak bijak!
Dalam pada itu, aksi comel anak bijak itu turut dipuji ramai kerana menjadi hero penyelamat.
Sumber : Pa&Ma/viralmy
PERHATIAN: BicaraKini tidak akan bertanggung jawab secara langsung atas komentar yang diberikan oleh pembaca kami. Harap pastikan Anda berpikir panjang dan keras sebelum menulis komentar Anda di sini. Admin juga tidak bisa memantau semua komentar yang ditulis disini. Semua komentar adalah hak dan tanggung jawab Anda sendiri.
Leave a Reply