
’Awal Kau Pergi Bro..’ Rakan Tangisi Pemergian Bekas Pemain Skuad Piala Presiden NSFC
Negara kehilangan seorang lagi permata bola sepak selepas bekas pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC musim 2021, Haily Azuan Azmi mennggaI dunia.
Difahamkan Allahyarham yang berusia 22 tahun meninggaI dunia ak1bat kemaIangan motosikal pada Ahad.
Berita pemergian Allahyarham dik0ngsikan laman Fbk Negeri Sembilan Football Club pada Isnin.
“Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan FC musim 2021, Haily Azuan Azmi atas pemergian beliau ke negeri abadi.
“Semoga r0hnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin,” tulis kapsyen hantaran itu.
Sementara itu, seorang rakan Allahyarham, Leo @bakhhhhhhhh berk0ngsi ucapan takziah dan momen mereka bersama di laman Twitter.
“Awal betul kau tinggaIkan aku bro, baru je hari tu kata tak sabar nak tengok aku kahwin nanti.
“You’re gone too soon (Awak pergi terlalu awal), sahabatku, adikku. Semoga tenang kau di sana wahai sahabatku. You will be truly missed (Awak akan amat dirindui) Haily Azuan Azmi,” tulisnya.
Sebelum ini, arena bola sepak negara juga kehilangan dua lagi permata iaitu pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa dan penjaga gol skuad Piala Presiden TRW Kelantan FC, Muhammad Faris Ikmal Omar.
Muhammad Saiful Ezzudin dilaporkan meninggaI dunia akibat Iemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah pada 24 Mac 2022.
Manakala, Muhammad Faris difahamkan mnnggaI dunia akibat kemaIangan jalan raya di Kota Tinggi, Johor pada 29 Mei 2022.
Salam takziah buat keluarga moga tabah hadapi kehilangan insan tersayang. Semoga roh Allahyarham Haily Azuan Azmi dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, Majoriti
Leave a Reply