
Niat Nak Beli Sarapan, Pemuda Sebak Lihat Anak Kecil Tidur Tepi Jalan Demi Teman Ibu
Bila sebut tentang kehidupan, ada yang bersuara mengatakan ‘hidup tidak adil’. Ada yang terlahir dari kalangan orang kaya, ada juga yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan.
Bahkan, yang kaya akan tetap kaya, yang miskin sering ditindas. Jika tidak usaha, maka selamanya akan di bawah.
Bagaimana pun, ia hanya kehidupan yang mana kita tahu bersifat sementara. Pokok pangkalnya, harus tetap bersyukur kerana akhir nafas, bukan harta yang ditimbangkan.
Seperti kisah yang tuIar baru-baru ini, di mana seorang lelaki berk0ngsi sebuah situasi yang menyayat hati mencvri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TkTk iaitu @capiyaaaa_, Pada mulanya, dia yang dalam satu perjalanan di atas motosikal terserempak dengan sebuah khemah di tepi jalan yang menjual nasi bersama aneka lauk.
BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH
Dapat kita lihat rakannya turun daripada motor untuk membeli makanan namun lelaki ini lebih tertarik melihat kedua anak peniaga tersebut yang seorangnya duduk di atas kerusi manakala seorang lagi tidur di tepi jalan dengan beralaskan tikar getah.
“Terdetik dalam hati, kita ni ada kerja yang selesa, makan pakai cukup tapi masih malas nak kerja, merungut itu ini. Sedangkan ramai lagi yang masih bert4r0ng untuk dapatkan sesuap nasi.” Ujarnya yang sebak melihat dua kanak-kanak itu yang mana situasi memaksa mereka untuk menjadi dewasa di umur yang masih muda.
Manakan tidak, kanak-kanak lain seusia mereka tentu sedang gembira bermain bersama yang lain namun mereka berdua memilih untuk berada di samping ibunya yang sedang mencari rezeki.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat video tersebut malah mendoakan agar peniaga tersebut dimurahkan rezeki dan anak-anaknya berjaya satu hari nanti.
Bukan itu sahaja, warganet juga sempat berpesan kepada orang ramai agar sentiasa bersyukur kerana terkadang kita sangka kita sudah susah, namun ada yang lebih susah di luar sana.
Antara komen warganet:
“Kalau kita selalu renung, memang kita nampak betapa banyaknya nikmat yang kita dapat”
“Sedihnya sis tengok yang tengah tidur lena tu..”
VIDEO: LINK VIDEO
Sumber & video dipetik dari YN, TkTk
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply