Tak Dapat Restu, Wanita Kaya Ini Sanggup Hidup Miskin Dan Dibvang Keluarga Demi Pilihan Hati
Seorang wanita nekad meninggalkan kehidupan mewahnya demi berkahwin dengan pilihan hatinya yang miskin. Menurut eva.vn, wanita berusia 28 tahun itu berasal dari keluarga yang kaya dan pernah berkahwin sebelumnya.
Dia turut mempunyai seorang anak lelaki namun berce rai setelah sembilan tahun berkahwin. Selepas dari itu, dia dila porkan bercinta dengan seorang lelaki miskin namun tidak direstui keluarganya.
Walaupun begitu, dia tetap berkeras dan tidak menghiraukan larangan keluarga dan terus memilih untuk bersama kekasihnya.
Ibu wanita tersebut memberi pilihan kepadanya untuk memilih sama ada meninggalkan empat orang anaknya bersama kekasih baharunya dan kembali ke rumah untuk menikmati kehidupan mewah atau bebas pergi ke mana sahaja yang diinginkannya.
Oleh kerana tidak mahu meninggalkan anak-anaknya, wanita tersebut terus memujuk ibunya untuk merestui hubu ngan mereka namun ibunya tetap berkeras untuk menolak sehinggakan tidak mahu menerimanya lagi.
Selepas itu, dia bersama suami baharunya pada awalnya menyewa di sebuah rumah di kawasan perindustrian sebelum berpindah ke sebuah bilik motel sempit yang berharga 800 VND (RM142 sebulan).
Kini dia bersama keluarga baharunya dila porkan hidup dalam keadaan yang menye dihkan. Dia terpaksa bekerja sebagai pengutip dan menjual barang terpakai. Setiap kali dia mengutip barangan terpakai, ketiga-tiga anaknya akan mengikutinya.
“Kebanyakkan orang fikir saya hanya memiliki tiga anak namun sebenarnya saya mempunyai empat orang anak. Dua anak sulung adalah kembar yang berusia 6 tahun namun seorang daripada mereka dihantar ke ku1l dan dijaga oleh sami, dan anak bongsu berusia 3 tahun,” kata wanita tersebut.
Apabila dia bertemu dengan keluarganya, mereka malu dan tidak mengakunya sebagai ahli keluarga dan ibunya sering mengutuk keadaan keluarganya.
Manakala orang luar yang melihat keadaan dia sekeluarga sering berasa kasihan dan memberi wang atau gula-gula kepada anak-anaknya.
Tambahnya lagi, dia membawa anak-anak untuk bekerja kerana tidak sanggup meninggalkan mereka di rumah.
Berbeza daripada keluarganya, wanita tersebut menyatakan bahawa ibu bapa suaminya sangat menyayangi cucu-cucu mereka walaupun mereka miskin dan hanya tinggal di kampung. Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapanya sendiri, wanita tersebut tetap berharap agar dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarganya suatu hari nanti.
“Hampir sedekad saya keluar dari rumah, tetapi saya selalu terfikir untuk bertengkar dengan ibu bapa saya. Mungkin saya bertengkar kerana hidup saya sangat susah.
Saya membuat ibu saya sedih dan sangat malu. Saya sentiasa berharap satu hari nanti ibu bapa saya akan memaafkan saya atas semua yang saya lakukan, supaya saya boleh pulang,” kata Tam.
Sumber : wolipop
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply