Suami Isteri Tak Gembira Lihat Kit Ujian KehamiIan P0sitif, Rancang Gvgur Kandvngan Kerana Gaji Cukup Makan
SETIAP pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina, malah ada yang menyifatkannya sebagai pengikat kasih sayang.
Bagaimanapun, tidak semua pasangan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa disebabkan beberapa faktor termasuk aspek kewangan.
Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Twttr, dia yang baru mendirikan rumah tangga meluahkan perasaan tidak bersedia menimang cahaya mata selepas disahkan hamil.
Mengakui rasa takut selepas melihat alat penguji kehamilan bertanda ‘p0sitif’, dia kemudian meminta pandangan warganet jika ingin menggvgurkan kandungan.
“Hampir setahun saya dengan suami berkahwin. Kami rancang tak mahu anak sampai masing-masing bersedia.
“Tapi sekarang lain pula… kami sentiasa guna pr0tection tapi Allah nak bagi juga anak. Sekarang peri0d saya lewat seminggu dan p0sitif hamil.
“Saya tengok dua garis terus cuak (takut)… tak rasa gembira dan bila bagi tahu suami pun reaksi dia sama. Kami dua-dua tak tahu nak rasa gembira atau tidak,” luahnya.
Menurutnya, ketidaksediaan itu adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kewangan.
Dia juga menddahkan situasi semasa yang mana mereka berdua sering membawa bekal ke tempat kerja kerana ingin berjimat disebabkan gaji tidak mencukupi.
“Saya tak sedia dari segi fizikal, mental dan kewangan. Kami dua-dua bekerja tapi gaji cukup-cukup makan. Pergi kerja pun bawa bekal masak dari rumah. Sekarang fikir nak gugurkan,” jelasnya yang turut bertanyakan persiapan jika ingin menggvgurkan kandungan.
Perkongsiannya itu kemudian diulang kicau lebih 3,100 pelayar selepas diciap semula oleh @pedoqpop.
Disebabkan ‘permintaannya’ bercanggah dengan tabu masyarakat, dia dikecam warganet kerana dianggap menolak rezeki yang diberikan Allah selain ada yang menyifatkannya sebagai tidak bersyukur kerana dikurniakan zuriat berbanding mereka yang mengimpikannya.
“I’m so sad to be a women like you, sanggup terfikir nak gugurkan kandungan yang sihat. Percayalah kepada rezeki akan ada lagi banyak. Hati kena ikhlas, bersyukur selalu. Nak fikir duit selalu tak cukup, memang tak akan cukup kalau berfikiran begini.
“Orang lain nak dapat anak pun susah.
“Tolong jangan, risik0 tinggi untuk orang yang gvgur anak. Percayalah ada rezeki untuk anak you nanti, jangan tolak rezeki Allah macam tu. Allah tahu both of you boleh jaga anak tu.
“Kita kat Malaysia tak boleh gvgur melainkan ada faktor yang melibatkan kesihatan. Kalau beranak, kau mungkin ada impl1kasi yang berbahaya, itu ada alasan dan mungkin dibenarkan… tapi nak suka-suka sebab tak ready mana boleh.
“Sebab tu kalau nak kahwin, awak kena fikir bab sedia untuk commit semua benda. Bukan setakat sedia kewangan saja sebab, nikmat yang kita ada sekarang kalau Allah nak tarik, sekelip mata dia boleh tarik. Anak tu kan rezeki juga,” ujar beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita terbabit.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah mengalami situasi sama seperti wanita berkenaan.
Menurut individu dikenali sebagai Sue, dia mengakui memang tidak mengimpikan anak pada awal perkahwinan tambahan pula pada masa itu suaminya berhenti daripada menjadi atlet.
“Saya pun berhenti kerja sambilan kerana PKP. Kemudian selepas lima bulan kahwin, tiba-tiba dua garis… saya faham rasa sedih, terkjut, cuak dan tak sedia untuk mengndung.
Warganet memberikan pandangan masing-masing.
“Tapi percayalah, bila scan dan dengar degupan jantung bayi… auto rasa terharu dan lama-lama Allah lahirkan sifat ibu dalam diri awak.
“Anak tu rezeki. Kami dua-dua hilang kerja, menumpang mentua. Jangan takut, kita mencorak masa depan kita,” kongsinya.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir warganet yang bersetuju dengan pilihan wanita terbabit kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan dalam keluarga yang belum bersedia.
“Dia nak gvgurkan sebab tak mampu dan tak bersedia. Bukan saja-saja… kalau dia besarkan anak tu dengan kewangan yang tak stable dan mntal tak bersedia, awak rasa bayi tu akan dapat proper childh0od ke?
“Stop guilt tripp1ng her. Jangan mudah percaya rezeki anak-anak, ukur baju di badan sendiri… kalau tak mampu, you know what’s best for the baby.
“You know what best for you. Yang sebut pasal rezeki ni tolong la, itu kehidupan dia… kalau dia tak mahu, bayi tu nanti akan berisi ko dibesarkan dalam persekitaran tok sik. Harap jumpa abortion clinic that can help you,” ujar beberapa netizen lagi.
Pada masa sama, terdapat juga pelayar Twitter yang mengesyorkan supaya bayi yang bakal dilahirkan itu diserahkan kepada keluarga angkat atau rumah kebajikan.
Sumber: Mstar
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply