Baru Niat Nak Gembirakan Hati Ibu Tapi Semua Lebur Bila Gaji Pertama Salah Transfer. Ini Respond Pemilik Akaun Lepas Diminta Transfer Semula
Baru-baru seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila hasratnya untuk berkongsi sebahagian wang hasil gaji pertamanya kepada ibu tidak kesampaian gara-gara tersalah ‘bank in’ kepada orang lain.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Fahada Bistari menerusi satu video di TkTk.
Menurut Fahada, pada awalnya dia berniat mahu membuat kejutan dengan berkongsi hasil gaji pertamanya bersama ibu tersayang namun siapa sangka, disebabkan tidak menyemak butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap memindahkan wang tersebut ke akaun milik orang lain.
Hari ni dapat gaji pertama. Tak banyak mana lah kan, baru beberapa hari kerja. Lepaas tu aku bank in lah dekat mak aku. Nak jadi cerita, tersalah bank in dekat orang lain.
Menurut Fahada, dia hanya menyedari kesilapannya itu selepas menghantar resit pemindahan wang kepada ibunya.
Si ibu kemudian mendakwa tidak menerima sebarang wang seperti yang diberitahu Fahada. Selepas menyemak butiran, ternyata dia tersalah memindahkan wang tersebut ke akaun bank orang lain.
Tambah Fahada lagi, akaun bank tersebut merupakan milik individu yang pernah berurusan dengan keluarganya sebelum ini.
INI RESPOND PEMILIK AKAUN YANG TERIMA DUIT TERSEBUT
Lepas tu mak pun bagi la nombor telefon pemilik akaun tu. Dah hvbungi dia tapi tak dapat r3spon.
Dia cakap, kak sedekah je lah dapat pahala. Aku bukan tak nak sedekah, tapi gaji aku sikit je dan memang niat nak bagi mak.
Walaupun sikit, tapi banyak sebab aku percaya kalau bagi mak, nanti aku akan dapat lebih lagi.
Dalam kesempatan itu, Fahada berharap agar wang tersebut dapat dikembalikan semula. Fahada menganggap apa yang terjadi ini adalah ujian diberikan Allah SWT kepadanya.
Bukan itu sahaja, ianya juga boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sewaktu membuat transaksi bank.
VIDEO:
Kredit: ohbulan
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply