Wanita Dicrai TaIak 3, Menangis Teresak-Esak Rindu Anak Tiri Yang Dijaga Sejak Bayi
Bukan mudah untuk pasangan berkahwin menerima keputusan untuk bercrai, apatah lagi sekiranya perpisahan tersebut turut memisahkan seorang ibu dan anak. Gambar sekadar hiasan
Seperti perkongsian seorang wanita di laman TkTk, dia terpaksa menghadap rasa sedih dan rindu terhadap suami dan anak tirinya selepas dilafazkan crai dan anak tirinya dibawa pergi.
Belum ada zuriat sendiri
Dalam satu perkongsian milik pengguna @shayang2112 di laman TkTk, wanita itu berkongsi rasa sedih yang dia terpaksa hadapi selepas dicrai talak tiga oleh suaminya.
Difahamkan, walaupun akur dengan keputusan tersebut, dia masih berasa sedih kerana ditinggalkan seorang diri di rumah yang mereka pernah tinggal bersama.
Lepas suami aku balik kerja, petang dia craikan aku, dia kemas barang dia dan anak aku, dan pergi rumah kakak dia.
Aku terimbas semua kenangan kami dekat dalam rumah ini, sebab senyap sangat, aku terlupa anak aku dah tak ada dekat rumah.
Menurutnya, anak tersebut merupakan anak kepada bkas suaminya yang dia jaga sejak bayi, dan dia sendiri masih belum dikurniakan zuriat.
Video:
Dalam video yang berbeza, dapat didengari wanita tersebut menangis teresak-esak akibat rindu terhadap suami dan anak tirinya, dan mengakui tidak mampu menghadap rasa itu seorang diri.
Aku tak mampu nak hadap semua ni terlalu sakit. Kesunyian ini terlalu mencengkam, menyesakkan dada aku, aku rindu suami dan anak aku sangat.
Meskipun itu, wanita itu membuat keputusan untuk tidak mendedahkan punca dia dicraikan kerana ingin menjaga aib bkas suami.
Netizen turut simpati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang dihadapi wanita itu, selain ada yang memberikan sokongan serta berdoa agar wanita itu tidak mengalah untuk teruskan kehidupan.
Sumber: TkTk @shayang2112
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply