Nak Belikan Mak Ayah Rumah Tapi Ditolak, Lepas Tu Canang Kata Miskin
Assalamualaikum, saya Alia, 26 tahun, sudah berkahwin. Saya nak luahkan betapa saya kecil hati dengan ibu bapa saya. Saya anak tunggal, tapi bukan emas. Saya tak rapat dengan ibu ayah saya. Foto sekadar hiasan.
Ibu ayah saya masih bekerja (swasta) dan apa yang saya kurang faham dengan sikap mereka ialah, mereka seperti tiada usaha untuk improve pencapaian mereka walaupun sudah lewat 40an.
Sehingga kini, mereka masih menyewa, tidak mahu membeli apa-apa untuk kemudahan, tidak suka berjalan dan semuanya bagi mereka, bermasalah.
Sebagai anak yang sudah bekerja, saya tahu tanggungjawab pada ibu ayah, walaupun saya tak bagi duit belanja (kerana mereka masih bekerja) tapi saya bayarkan rumah sewa, bil astro, bil api/air, wifi, coway.
Walaupun kami kurang rapat, tapi saya tak pernah lupa mereka apabila berbelanja.
Contohnya, kalau saya beli kasut, saya akan beli juga untuk ibu ayah. Kalau saya beli handbag, ibu saya dapat juga. Tapi satu sikap mereka yang saya tak faham, mereka tak nak pakai semua tu.
Mereka memilih untuk bergaya yang kurang kemas. Pakai pakaian renyuk, ibu saya pulak tak habis2 dengan tshirt lengan pendek dan seluar corak2 kalau keluar.
Saya pernah ajak ibu ayah saya dinner untuk event tempat kerja saya, saya dah sediakan semua kelengkapan, tapi mereka tetap keras kepala, pakai pakaian tidak kemas/tidak menutup aurat.
Asalnya saya dah malas nak bersuara, tapi yang buatkan saya stress ialah, rupanya selama ini, ibu saya mengadu hal yang bertentangan dengan makcik pakcik saya.
Makcik saya pernah tegur penampilan ibu saya, tapi ibu saya boleh jawab “aku tak mampu nak beli itu ini, macamni je lah gaya orang tak berduit macam aku ni”
Ya Allah sedihnya saya dengar. Makcik saya pula boleh sound saya yang pakai beg mahal tapi mak bapak tak terbela.
Saya tertekan masa tu, sampai saya tunjuk bukti perbelanjaan saya untuk ibu ayah dan akhirnya diorang sedar yang ibu ayah saya yang silap.
Setiap kali nak bercuti, saya ajak ibu ayah, tapi last2 dia mengadu dengan orang, saya tak ajak diorang sebab diorang selekeh dan miskin. Ya Allah
Baru2 ni saya bincang dengan ibu ayah, saya nak belikan mereka rumah, saya rasa tak berbaloi membayar sewa RM600 sedangkan di area yang sama ada satu rumah kos rendah yang bulanannya lebih kurang jika dibeli.
Tapi mereka menolak sampai h4lau saya dari rumah, mereka emosi.
Saya memang tak faham apa masalah mereka. Takkan lah nak banglo?
Ajak tinggal dengan saya pun mereka tak nak. Rumah sewa sekarang pun, mereka takde sikap nak jaga baik2. Nak cat ke, nak simen apa yang retak ke, memang takde. Langsung tak jaga rumah tu dengan baik.
Semuanya saya juga yang buat. Saya pelik mana duit mereka bekerja, mereka bukan ada hutang pun. Berjalan pun tidak. Cuma untuk makan berdua. Semua bil saya yang bayar.
Untuk kereta, ibu dan ayah saya ada sebuah kelisa auto. Saya memang tak bercadang untuk belikan kereta baru, sebab rumah saya pun dekat, kalau nak ke mana2 yang jauh, pinjam atau pergi saja lah dengan saya.
Kelisa tu cukup untuk mereka guna di bandar dan balik kampung. Tapi, haritu mereka nak ke KL dan pinjam kereta makcik saya.
Makcik saya pula call dan tanya saya kenapa saya taknak pinjam kereta pada ibu ayah sedangkan saya dan suami ada dua biji kereta baru.
Allah, saya tak tahu apa2. Ibu ayah saya tak cerita. Tapi last2 mereka cakap saya yang tak kasi pinjam. Ya Allah. Saya dah ajak slow talk, mungkin saya ada silap yang tak disedari, tapi mereka tak mengaku apa2.
Saya buntu, tolong lah saya. Saya penat dengan anggapan negatif orang yang saya ni abaikan ibu ayah saya. – Alia (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Abaikan je kata- kata orang tu dik. Kalau awak dah bagi semua, dah tolong, tapi diorang masih minta simpati orang lain, tu memang sikap mereka, tak boleh buat apa dah. Tak payah difikirkan sangat. Memang pun ada orang macam ni. Pakaian baru orang bagi banyak, duit orang sedekah, anak bagi, simpan sampai berkepuk- kepuk dalam bank, tapi taknak guna. Nak guna bila sakit katanya. Dah sakit pun, still tak guna juga. Buat apa yang awak mampu je k.
Sama lah akak dik oii.. Ada rumah tp tak diuruskan dgn baik.. Tambah pulak akak ada 4org adik.. Sorg dh kawen.. Pun sama perangai.. Akak sampai decide keluar dr rumah masa usia 21thn sbb tak mmpu nak hadap rumah yg sgt kotor.. Blm lg dgn kucing2 yg membuang merata2.. Jd busuk.. J1jik.. Sampah merata.. Baju kotor cmpak ats lantai toilet.. Rumah tak nak repair yg rosak.. Biar bocor sana sini. Ada duit
Sumber: edisimaya
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply