Tak Perasan Serbuk Coklat Dah Tamat Tempoh Peniaga Redha Tanggung Rugi Hampir RM300
Untung dan rugi sudah menjadi lumrah buat mana-mana peniaga. Jika sudah tertulis tiada rezeki pada hari itu, maka peniaga terpaksa redha dan perlu berusaha dengan lebih kuat.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang penjual air di TkTk, luluh hatinya apabila dapat tahu serbuk coklat yang dibeli untuk jualan air sudah mencapai tarikh luput.
Menerusi video yang dimuatnaik @azharpenjualjalanan, dia terpaksa membuang begitu saja sebalang air coklat yang sudah siap dibancuh dan juga diletakkan ais. Dia juga terpaksa redha menanggung kerugian hampir RM300.
“Benda nak rugi nak buat macam mana, beli serbuk coklat dah tarikh luput. Kalau jual dah boleh dapat RM 300,” keluh si peniaga.
“SERBUK COKLAT TAMAT TEMPOH BUKAN TAL NAK SEDEKAH ADEHHH..”
Jika pengguna TkTk menonton video ini tanpa membaca kapsyen atau komen, mungkin ada yang anggap penjual ni sengaja buang air coklat yang dah tak laku.
Di ruangan komen, ada juga yang persoalkan mengapa dibazirkan air coklat ini sedangkan boleh disedekahkan kepada orang ramai.
Video:
Oleh sebab itu, pemilik video telah tampil menjelaskan hal sebenar di dalam ruangan komen menegaskan serbuk coklat yang digunakan untuk membuat air sudah mencapai tarikh luput.
Rata-rata warganet turut menyokong tindakan peniaga ini yang jujur dalam berniaga dan tidak mahu keuntungan semata.
Sumber: TkTk / azharpenjualjalanan
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply