Patutnya Dapat Tanah Ganti, Wrga Emas Terpksa Tinggal Di Pondok Usang Selepas Rumah Dir0boh Pemaju
Muhammad Yusof Jidan yang hidup sebatang kara selepas berpisah dengan bekas isteri, tiada pilihan lain selain terpaksa tinggal di pondok yang kelihatan seperti kandang kambing terbabit.
Pilu apabila melihat seorang warga emas berusia 66 tahun di Ipoh terpaksa tinggal di sebuah pondok usang, dibina daripada kayu dan zink rumah lamanya yang diro bohkan oleh pemaju.
Difahamkan bahawa pondok tersebut dibina di atas tanah orang lain dengan keizinan selepas pihak pemaju mero bohkan rumahnya di atas tanah kerajaan iaitu di Kampung Sri Keramat.
Pada tahun 2002, penduduk di kampung tersebut dijanjikan wang pampasan sebanyak RM10,000 (bersamaan dengan RM30,000 nilai pada masa kini).
Namun Muhammad Yusof hanya menerima RM1,000 sahaja oleh pemaju, sementara tanah ganti yang sepatutnya diterima seperti penghuni lain, tidak diperolehinya.
Sebelum tinggal di pondok, Muhammad Yusof menumpang di Surau Al Karamah, Kampung Sri Keramat.
Namun selepas itu, imam surau, Abdul Rashid Ali mengizinkannya untuk membina pondok di atas tanahnya yang berdekatan dengan surau.
“Saya mandi di surau. Kalau waktu malam sakit perut saya kena pergi ke surau kerana pondok ini hanya tempat berteduh”.
“Pada waktu siang memang berbahang dan kalau malam sangat sejuk sehingga menggigit tulang”, ujarnya.
Dia yang bekerja di kampung dan membantu di surau hanya bergantung kepada wang bantuan daripada Baitulmal (RM300 sebulan) dan juga daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM500 sebulan).
Ujarnya, sudah beberapa kali dia mengemukakan permohonan bagi mendapatkan tanah ganti di Pejabat Menteri Besar namun masih tiada sebarang respon.
Dia juga menolak untuk ditempatkan di rumah kebajikan kerana mahu hidup berdikari sepertimana orang lain.
“Setiap malam saya berdoa jika diberi tanah”, tambahnya yang turut berniat untuk mewakafkan tanahnya itu nanti kepada masjid selepas menng gal dunia.
Sumber : myinfokerja
Pihak BicaraKini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang dibuat melalui laman sosi al ini. Ini adalah pandangan peribadi pemegang akaun dan tidak sepatutnya menggambarkan kedudukan lmbaga edito rial kami. Segala risi ko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri
Leave a Reply