‘Dah tahu gaji suami ciput, janganlah beranak ramai sampai menyusahkan diri’

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

‘Dah tahu gaji suami ciput, janganlah beranak ramai sampai menyusahkan diri’

“Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak,” demikian teguran daripada seorang individu di laman Fbk miliknya.

Individu itu berpendapat wanita tidak sepatutnya pandai merancang keluarga dan tidak hanya tahu beranak sahaja sehingga menyusahkan diri sendiri, suami dan anak-anak yang lain.

“Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.

“Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. Jadilah bijak dalam merancang anak.

“Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang,” katanya.

Tambah individu itu lagi, kesan dari kualiti hidup yang negatif akan menyebabkan peningkatan masalah sosi al dalam kalangan masyarakat disebabkan desakan bagi menampung kos sara hidup.

Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosi al juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai.

Justeru, beliau menyarankan pihak kerajaan supaya menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja.

“Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja. Selain itu, kawal nafsu atau makan ubat perancang.

“Kalau nak anak ramai, carilah kerja yang lebih bagus dari sebelumnya agar senang menanggung anak atau buat dua kerja dalam satu masa. Malah, isteri juga perlu bekerja,” jelasnya.

Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan cadangan individu tersebut yang mahu mengehadkan bilangan anak dalam keluarga sebagai mengarut dan kurang cerdik.

Mereka mendak wa individu terbabit sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul.

Sumber: kulihatlangitbiru

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Siapa ko nak pertikaikan takdir Allah.. Geram sangat eh.. Aku dlu pon mcm tu skg ni hidup mak pak aku senang dgn anak n cucu ramai meriah jaa.. Ni laa dugaan org susah.. Org kaya yg berjuta dlm bank pon masih tak cukup sbb tu ada rasuah n makan hasil masuia lain

  2. Inilah pendapat orang yg bertuhankan duit dan harta benda,nampak sangat yg diatak ygkin dgn ujud dan kekuasaan Allah swt..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*