Sudah Lebih Dari 1000 Pelajar Yang Khatam Hafazan Quran Dari Beliau. Kata Anaknya, Ayah Telah Lupa Semua Tentang Dunia Kecuali AlQuran
Tazkirah di Masjid Cheras Jaya. Saya memang seakan mengenali bila terlihat dari jauh. Tapi keadaannya yang solat di atas kerusi buatkan saya ragu. Topik semalam adalah tentang Ahli Quran. Tidak saya menyangka, rupanya insan yang betul-betul saya maksudkan dalam tazkirah itu ada bersama.
Ya Allah sayu hati saya bila beliau menitiskan air mata ketika kami bertemu…Rupanya beliau baru mengalami strk. Soalan yang saya ajukan beliau tidak menjawab. Hanya jawaban linangan air mata. Rupanya lidah beliau dan bibir beliau agak sukar utk bergerak. Tutur kata beliau sukar difahami.
Beliau adalah Ustaz Musa bin Ani. Guru segala guru para hafiz dan hafizah di Malaysia dan Selatan Th1and. Namanya masyhur ketika kami belajar tahfiz di Kelantan dulu. Dari Maahad Tahfiz di Rantau Panjang, Go1ok Thlnd sampailah ke Yala beliau mengajar.
Pertama kali saya bertemu beliau di bilik hotel ketika Musabaqah Tahfiz Kebangsaan tahun 2002 di Perlis. Beliau hadir kerana sejumlah anak muridnya menjadi wakil negeri masing2. Ada yang mewakili Kelantan, Perak dll negeri. Setiap tahun dari susur galur muridnya akan terbit pelajar tahfiz yang hebat2 seluruh negara.
Sudah Lebih Dari 1000 Pelajar
Sudah lebih dari 1000 pelajar yang khatam hafazan Quran dari beliau. Bahkan Lebih dari 100 orang lebih menamatkan syahadah bersama beliau. Iaitu sijil Khatam Quran secara hafazan tanpa ada kesilapan sepanjang satu hari.
Ramai anak muridnya yang saya kenali bercerita tentang beliau. Ketika sesi murajaah petang (mukhtar), beliau mampu mendengar bacaan 5 orang anak murid sekaligus. Dan ada ketika keletihan beliau tertidur ketika anak murid membaca, namun bila anak murid tersilap beliau serta merta terjaga dan betulkan.
Manusia ini dipanggil dan dipujuk ramai manusia utk menjadi muridnya. Beliau benar-benar mewaqafkan diri beliau utk Quran. Malam tadi saya bertanya anak beliau tentang kesihatan ayahnya. Kerana katanya setelah jatuh str0k, beliau lupa ingatan.
Jawab anaknya :
“AYAH TELAH LUPA SEMUA TENTANG DUNIA KECUALI HANYA AL-QURAN!!!”
Ya Allah muliakan kami bersama Alquran, bangkitkan kami bersama Ahli Quran
Sumber: Imam Muda Asyraf / Kongsisibomonicko
Pihak BicaraKini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosi al ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risi ko aki bat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Leave a Reply