Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Pemergian Ibu Bapanya Secara Tiba-Tiba Telah Membuat Mohd Haikal Chu Hilang Arah Dan Membuka Jalan Mendekatkan Diri Dengan Islam

Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapanya secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.

Menurut lap0ran Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.

“Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggl dunia akibat kemalngan jalan raya pada Mac beberapa ketika lalu.

“Pada mulanya, saya sukar menerima haki kat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat,” katanya.

Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.

Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam beberapa ketika lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz.

Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.

Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Fbk miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.

“Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama,” katanya.

SUMBER: Kongsisibomonicko

Pihak BicaraKini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosi al ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risi ko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*