Puasa Sunat Arafah Rakyat Malaysia Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 01 Julai 2022 – Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia ja tuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah, maklum Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan menurut Beri ta Harian.
Menjelaskan kekel iruan sebilangan umat Islam di Malaysia mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi, beliau berkata, masyarakat tidak perlu berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah pada hari Jumaat, berbeza dengan Malaysia.
“Memandangkan kita raya (Aidiladha) pada Ahad, 10 Julai sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka digalakkan puasa sunat Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) pada Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu.”
Tambahnya, negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia dan lain-lain, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
“Negara kita yang terletak kira-kira 7,000 kilometer dari Arab Saudi mempunyai ‘matla’ (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza dan mempunyai kaedah falak yang jelas serta diperakui oleh ulama falak dalam menentukan tarikh penting dalam Islam.”
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman baru-baru ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat (hari ini).
Niat puasa arafah
PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.
Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BicaraKini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Terima kasih.
Leave a Reply