Adik Berusia 9 Tahun Ini Meminta Izin Daripada Ibunya Untuk Memeluk Agama Islam

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Adik Berusia 9 Tahun Ini Meminta Izin Daripada Ibunya Untuk Memeluk Agama Islam

Hidayah itu milik Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).

Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.

Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instgram miliknya.

Adik Berusia 9 Tahun

Beberapa ketika lalu, Bilal memuat naik sebuah p0sting berupa rakaman v1deo memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.

Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘HomeIess Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan geIandangan dan tertarik dengan Islam.

Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.

Namun, jawapan ibunya sangat mengejvtkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.

“Tak semua ibu menyokong anaknya memeIuk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal menerusi sebuah perk0ngsian lain.

Kanak-kanak itu kini telah menukar namanya daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil dan mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada beberapa ketika lepas.

Baik sungguh hati Muzammil dan ibunya. Suka membantu orang lain dalam kesusahan. Bertuah sungguh, kecil-kecil lagi Allah sudah diberi hidayah untuk memeIuk agama Islam. Allahuakbar. Semoga menjadi ank yang soleh!

Sumber: Instgram/kongsisibomonicko

Pihak BicaraKini tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman sosi al ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risi ko aki bat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*