Cari Lelaki Muka Hindustan Dan BerbuIu, Wanita Akhirnya Jumpa Suami Idaman

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Cari Lelaki Muka Hindustan Dan BerbuIu, Wanita Akhirnya Jumpa Suami Idaman

Di zaman teknologi ini, tidak din4fikan ramai yang menggunakan platform me dia sosi al untuk mencari jodoh serta mengiklankan mengenai diri mereka.

Sama seperti seorang wanita bernama Farhah dimana tahun lalu berkongsikan di laman Twtter memuat naik mengenai kriteria lelaki idaman yang dicarinya.

Siapa sangka selepas lebih setahun perkongsiannya itu, wanita tersebut akhirnya bertemu jodoh menepati kriterianya, muka Hindustan dan berbvlu.

Memetik mStar Online, lebih manis wanita berusia 28 tahun itu selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 11 Jun lalu.

“Alhamdulillah, saya dipertemukan jodoh. Suami muka macam Hindusta dan banyak bvlu. Dia rakyat Malaysia, lelaki India dan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, Farhah berkata memang sejak dulu lagi dia tertarik dengan lelaki yang berwajah Hindustan serta banyak bulu dan menolak lelaki berwajah jambu.

“Saya tak kisah berkawan dengan mana-mana lelaki asalkan baik dan menghormati orang lain. Tapi dalam kehidupan, setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pilihannya.

“Sukar untuk saya jelaskan kenapa suka lelaki muka Hindustan dan berbulu. Tapi saya Tuhan bagi saya rasa untuk menetapkan pilihan,” katanya.

Menurut Farhah, selepas dia memuat naik status sedang mencari jodoh, dia menerima lebih 300 mesej yang mahu berkenalan dengannya.

Bagaimanapun, seorang lelaki mamak dari Porti Dickson, Negeri Sembilan itu berjaya menambat hatinya dan selepas empat bulan berkenalan lelaki itu datang ke rumah berjumpa keluarganya.

“Kami pertama kali jumpa selepas empat bulan kenal bila dia datang rumah jumpa mak ayah saya. Berapa minggu selepas itu barulah saya berjumpa dengan keluarganya pula.

“Alhamdulillah, arwh mak saya tak kisah saya bercinta dna berkahwin dengan siapa pun asalkan orangnya baik. Lepas jumpa mak dia, siap mak tanya bila nak kahwin,” katanya.

SUMBER: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*