Syukur Suami Terima Seadanya Muka Berkedut Macam Orang Tua Ketika Hamil, Makin ‘P3dih’ Banyak Mulut Yang Mengata

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Syukur Suami Terima Seadanya Muka Berkedut Macam Orang Tua Ketika Hamil, Makin ‘P3dih’ Banyak Mulut Yang Mengata

Alahan ketika hamil mungkin perkara biasa bagi ramai wanita. Namun bagi wanita ini selain kerap berasa loya, dia terpaksa berhadapan dengan alergi teruk yang membuatkan wajahnya berubah menjadi bengkak dan berkedut seperti orang tua.

Ketika dihubungi mStar, Nur Husna Atirah Rosli, 25, berkata kulit wajahnya tiba-tiba berubah apabila usia kandungan sudah mencecah tiga bulan.

“Mula-mula saya alami alahan biasa saja. Tapi apabila masuk bulan ketiga, muka saya jadi semakin berkedut… makin lama makin membengkak,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Husna yang senang disapa Una, situasi itu juga benar-benar menguji emosinya apabila perubahan pada wajah itu sering mencu ri perhatian ramai.

“Dalam tempoh saya hadap benda tu, ramai tegur dan mengata macam-macam. Ada juga yang beritahu cakap muka saya macam orang tua.

“Bagi saya… kalau dah tengok begitu, senyap saja la. Tak perlu nak cakap perkara menya.kitkan hati orang,” ujarnya.

Tambah Una lagi, walaupun turut menerima banyak kec4man selepas berkongsi video di TkTk, dia tidak mengambil hati kerana golongan yang berkata demikian hanyalah sebilangan kecil.

Katanya yang menetap di Gerik, Perak ini, dia tidak mahu berhadapan dengan kemurungan kerana lebih mementingkan keadaan anak di dalam kandungan pada ketika itu.

Alahan ketika hamil menyebabkan keadaan wajah Husna berubah.

Bagaimanapun timbul kebimbangan di hati jika suaminya, Muhamnad Shahrudin Bekri, 28, berubah hati walaupun sudah berumah tangga lebih lima tahun.

“Saya sedih apabila tengok rupa diri sendiri masa tu. Jadi stress juga sampai fikir yang bukan-bukan. Saya takut suami cari perempuan lain sebab muka memang lain betul daripada wajah asal.

Dalam tempoh saya hadap benda tu, ramai tegur dan mengata macam-macam. HUSNA ATIRAH

“Pernah juga saya tanya suami tak segan ke berjalan dengan orang muka macam ni… tapi dia sedapkan hati dengan cakap peny4kit ni sekejap je, nanti elok balik. Dia katakan terima saya seadanya,” ujarnya.

Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, situasi wajah berubah kelihatan seperti orang tua itu bukanlah kali pertama dialaminya.

Jelas Una yang berniaga menjual ayam goreng cheese, dia pernah berhadapan dengan situasi ini ketika mengandung anak pertama yang kini sudah berusia tiga tahun.

Husna bersama suami dan anak-anak.

Kata Una, masalah yang dialaminya itu beransur pulih secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang ub.at-ub.atan.

“Doktor pun terkejut tengok muka saya. Sehari selepas bersalin, ada juga doktor yang tegur dan minta saya jumpa pakar. Tapi saya cakap muka akan okey semula sebab anak pertama pun kena macam ni.

“Alhamdulillah dalam tempoh berpantang haritu dah pulih balik. Saya tak pakai sebarang produk pun. Keadaan kulit saya sembuh secara alami saja,” ujar Una.

Husna pernah bertanya pada suami jika dia malu untuk berjalan dengan keadaan wajahnya kelihatan tua.

Kini bayi kedua Una sudah mencecah usia lima bulan.

Perkongsian Una di TkTk berkenaan wajahnya yang kelihatan lebih tua daripada rupa asal mengundang simpati ramai dengan rata-rata netizen memberikan kata-kata positif serta mendoakan kesembuhannya.

Untuk rekod, video tersebut meraih lebih 520,000 jumlah tontonan dalam masa dua hari ia dimuat naik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*