Nampak Kaki Terjvntai, Penj4wat Awam Terserempak Rider Gendong Bayi. Bila Di Hampiri, Baru Tahu Kisah Sebenar

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Nampak Kaki Terjvntai, Penj4wat Awam Terserempak Rider Gendong Bayi. Bila Di Hampiri, Baru Tahu Kisah Sebenar

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pekerja penghantaran makanan yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki.

Kisah mengenai rider yang dikenali sebagai Amirul itu tu lar di me dia sosi al selepas dia ditemui oleh seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, pada Selasa.

Kata Khairul, dia terser3mpak dengan rider itu di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjvntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.

“Saya dapati penvnggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.

“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TkTk untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.

“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” ujar Khairul.

Dalam video yang dikongsi, rider tersebut memaklumkan bahawa dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur, dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Tangkap layar video tu lar itu. Tambahnya, dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki sejak sebulan yang lalu kerana isterinya juga keluar bekerja.

“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” ujar Amirul.

Menurut Amirul, si kecil itu akan diberi nasi ketika dibawa keluar bekerja bersamanya dan hanya diberi susu apabila berada di rumah.

Sebelah tangan lagi menutup kepala anaknya daripada terkena panas mentari. KHAIRUL

“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujar Amirul.

Dalam pada itu, Khairul yang turut mencari rezeki dengan membaiki mesin basuh dan peti ais meluahkan hasrat untuk membantu rider itu mencari rezeki dalam bidang sama.

Hasil perbincangan awal, Amirul dijangka menyertai pasukan Khairul pada Julai ini untuk mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakasan eletrik.

“Saya ada ambil nombor telefon dan berhubung dengannya. InsyaAllah bulan Julai dia akan sertai team saya, dia bersetuju nak belajar baiki mesin basuh. Saya pun dah 11 tahun buat part time baiki mesin basuh.

Antara komen netizen.

“Saya faham peng0rb4nan dia sebagai bapa. Saya sendiri ada lima cahaya mata. Saya tahu ramai yang dah berusaha keras, tapi masih susah. Bukannya mereka tak rajin. Yang penting saya harap semua insan di luar sana tidak cepat berputus asa, kena cari peluang yang ada di sekeliling,” ujar Khairul lagi.

Penangan video tu lar yang dikongsi Khairul turut membawa kepada pertemuan team personaliti dakwah Eb1t L3w bersama Amirul di Masjid Negara pada Rabu.

Menurut Khairul, dia ada berhubung dengan wakil pasukan personaliti dakwah itu sebelum pertemuan diadakan sebentar tadi tanpa kehadiran Eb1t.

Jelasnya lagi, wakil Eb1t turut menyampaikan sedikit sumbangan buat Amirul dalam pertemuan itu

Cari rezeki diredai ilahi

SAHABAT Rasulullah SAW, Abu Hurairah ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis itu isyarat jelas dan boleh dijadikan motivasi buat umat Islam supaya giat bekerja mencari sumber rezeki untuk keperluan hidup.

Penegasan Rasulullah SAW menerusi sabdanya itu turut memberikan makna bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dalam menampung keperluan hidup.

Islam amat menyanjung tinggi keringat yang dicurahkan bagi setiap pekerjaan yang ditekuni secara halal di sisi syarak.

Apapun pekerjaan yang dilakukan sama ada besar atau kecil mestilah tertakluk kepada hvkum syarak serta hvkum halal dan haramnya.

Kehalalan sesuatu pekerjaan itu wajib dijadikan pasak utama supaya setiap sen yang diperoleh adalah sah di sisi agama.

Sebab itulah Rasulullah SAW pernah mengajar umatnya supaya memanjatkan doa kepada Allah supaya kita dikurniakan sumber rezeki yang cukup dan halal.

kredit: mstar

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*