“Hasil Infak” – Wanita Terharu Dapat Beli Motosikal Serendah RM1 Untuk Hantar Anak Ke Sekolah
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesempitan hidup dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menyara keluarga yang besar.
Terbaharu, impian seorang suri rumah memiliki kenderaan sendiri untuk menguruskan anak-anak pergi dan balik sekolah akhirnya tercapai selepas terpilih membeli sebuah motosikal Modenas Kriss berharga serendah RM1, lapor Sinar Harian.
Norwahidah Maulad, 33, berkata, sejak suaminya Mohd Amir Idris 33, hilang sebelah kaki aki b4t ken c1ng manis 10 tahun lalu, dia tidak pernah memiliki kenderaan sendiri meskipun sebuah motosikal.
Menurutnya, setiap bulan dia terpaksa memperuntukkan kira-kira RM260 bagi bayaran sewa van sekolah bagi 4 orang anak selain wang untuk grab bagi membawa suami menjalani raw4tan dia lisis.
Katanya, dalam tempoh itu mereka hanya bergan tung kepada bantuan yang diberikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.
Pemilik Makdad Workshop, Shikh Muhammad Makhdad berkata, ini merupakan motosikal ketiga melalui program infak yang diperolehi dari rakannya. Kebetulan kawannya memaklumkan yang motosikalnya tidak digunakan dan terus memberi motor terbabit kepadanya.
Menurut Shikh lagi, bagi merealisasikan hasrat wanita tersebut, dia membelanjakan kira-kira RM1,000 bagi membaik pulih motosikal termasuk kos cukai jalan dan kos Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akib4t 2 tahun tidak digunakan.
Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada dan jangan sesekali merungut ya!
Sumber : sv
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply