Siakap Pun Naik Harga, Buat Orang Ramai T3rkejvt Tengok Harga Sekilogram

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Siakap Pun Naik Harga, Buat Orang Ramai T3rkejvt Tengok Harga Sekilogram

PETALING JAYA – Orang ramai terkej.ut apabila melihat harga ikan siakap dijual pada harga RM24.90 sekilogram di sebuah pasar raya.

Menerusi satu perk0ngsian di akaun Twtr milik pengguna bernama @ApanZhafran, sebelum ini, harga ikan siakap tersebut antara RM10.90 hingga RM14.90 sekilogram sahaja.

Ciapan itu telah menjadi tvlar dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Twter yang lain.

Meninjau di raungan komen, rata-rata netizen meluahkan kekec3waan mereka dengan kenaikan harga tersebut.

“Ini bukan naik sedikit, tetapi dua kali ganda kenaikan,” ujar pengguna @missaoki

“Ikan juga naik harga sekarang, pel1k,” komen @FarhanIshak

“Ini kalau beli dua kilogram, sudah kena hampir RM50,” kata pengguna @theltboss

Harga ikan siakap di sebuah pasar raya mengejvtkan orang ramai.

Bekalan ayam, ikan terhad peniaga suk.ar penuhi permintaan pelanggan

Sik: Bekalan ikan dan ayam di pasar basah di daerah ini sangat terhad menyebabkan peniaga sukar untuk menampung permintaan tinggi daripada pelanggan.

Tinjauan mendapati peniaga terpaks4 berpuas hati dengan hanya mendapat separuh bekalan ayam yang ditem4ah, manakala bagi ikan mereka sudah menghadapi situasi itu sejak dua bulan lalu berikutan nelayan tidak dapat turun ke laut.

Peniaga ayam, Salehuddin Ibrahim, 40, berkata dia tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pelanggan selepas bekalan ayam yang diperolehi daripada pemborong juga terhad.

“Seminggu sebelum Aidilfitri, permintaan ayam sangat tinggi tapi saya tidak dapat bekalan yang mencukupi. Hari ini contohnya, saya tempah 200 ekor ayam tapi yang saya dapat cuma 100 sahaja.

“Harga ayam pula semakin tinggi, hari ini saya terpaks4 jual dengan harga RM10 sekilogram ayam naik 10 sen berbanding semalam. Saya tidak boleh jual pada harga rendah daripada RM10 kerana tidak ada untung,” katanya ketika ditemui.

Sallehuddin berkata sepanjang 15 tahun berniaga, ini adalah kali pertama dia terpaks4 menghadapi situasi bekalan terhad sehingga peniaga perlu bekerjasama untuk mendapatkan bekalan.

“Saya ambil ayam daripada pemborong di Sungai Petani, ayam masih ada kerana kita ada ramai penternak di Kedah dan Pulau Pinang, cuma bekalan kurang, apa pun saya masih bersyukur kerana masih dapat berniaga setiap hari,” katanya.

Manakala peniaga ikan, Abdul Ghani Mat Piah, 65, berkata harga ikan kembung pernah mencec4h sehingga RM20 sekilogram berikutan bekalan ikan itu sangat berkurangan.

Katanya, harga ikan itu tidak pernah turun daripada RM10 walaupun ikan kembung bersaiz kecil.

“Hari ini saya jual ikan kembung saiz kecil dengan harga RM12 sekilogram dan saya cuma dapat 20 kilogram kerana berkalan terhad sejak dua bulan lalu, manakala bekalan ikan selayang pula saya ambil daripada ikan sejuk beku.

“Sebelum ini saya ambil kira-kira 100 kilogram ikan kembung setiap hari. Saya difahamkan nelayan tidak dapat turun ke laut kerana faktor cuaca tidak menentu,” katanya yang sudah 35 tahun berniaga ikan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Azman Nasrudin berkata bekalan ayam di negeri ini belum terpu.tus berikutan masih ramai penternak dapat membekalkan ayam walaupun jumlahnya terhad.

“Dalam situasi sekarang, semua orang tahu bahawa makanan ayam juga meningkat serta kos lain-lain juga meningkat di peringkat ladang.

“Cuma kita harap kerajaan dapat atasi isu ini dengan segera. Di Kedah kita ada penternak dan pembekal yang masih dapat membekalkan ayam halal kepada peniaga walaupun mereka terkesan dengan kos yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah, semalam.

Semalam, media melaporkan pendaratan ikan terutama di utara semenanjung berkurangan sehingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan, berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari berkata, kekurangan bekalan itu menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat.

Bekalan ikan kembung juga berkurangan di pasar basah Sik. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sumber: KOSMO!ONLINE

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*