“Sapa2 Yang Boleh Tolong Ubatkan Saya.. ” Ustaz Kazim Elias Rayu Bantuan Ubati Penyakit Dialaminya
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Fbk.
Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias merayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya ketika ini.
Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Fbk peribadinya sebentar tadi.
Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.
Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman fbk.
Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi oleh pendakwah yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.
Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.
Leave a Reply