Azmin Ali Ziarah Pvsara Tuan Guru Haron Din Di California. Rupanya Ada Kisah Kenapa Jen4zah Kebvmi Di AS
SHAH ALAM – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menziar4hi pusar4 bekas Mursyidul Am Pas, Allahyrham Datuk Dr Haron Din di Tanah Perkubvran Islam Five Pillars Farm Livermore, California pada Ahad (waktu tempatan).
Ketika ziar4h tersebut, beliau berkesempatan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin malah menzahirkan perasaan sed1h di atas pemergian Allahyrham.
“Saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT semoga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan r0hnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat ALLAH SWT,” k0ngsinya di Fbk milik beliau, pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan perasaan rindu terhadap Allahyrham Haron, yang merupakan seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan rantau.
Mohamed Azmin berkata, selain tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektual dan tradisi keilmuan, Allahyrham memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan Al-Quran.
“Kecintaan Tuan Guru terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam.
“Usaha ini yang ‘membid4nkan’ pertemuan kami di Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk Kerajaan Negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi,” katanya.
Mengenali sosok Allahyrham secara peribadi serta menyedari tekad Allahyrham terhadap usaha membangunkan umat yang cerdas dengan ilmu dan lengkap dengan amal, maka beliau telah meluluskan peruntukan RM4 juta demi kemasl4hatan ummah sekali gus merancakkan perkembangan syiar Islam di Selangor.
Keluarga perjelas kebvmi Haron Din di AS
Dalam nukilan panjang lebar penuh emos1 dari California itu, Dr Huda berkali-kali memoh0n m4af kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpinan tanah air atas kepu tusan keluarganya mengebumikan Allahyrham di luar negara.
Katanya, mereka lima beradik bersama ibu sepakat dengan kepu.tusan itu selepas mengambil kira pesanan Allahyrham yang mahu dikebumikan di tempatnya meningg4l dunia.
“Semasa h4yat baba, teringat suatu ketika nak bawa ma y4t dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pulak berjam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui ’embalm’ (pengawetan) yang pastinya menyek s4kan segenap ur4t saraf.
“Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.
“Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita. Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada depan mata.
“Itu kehendak kita dan saya rasa juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba. Tapi apakah keputvsan itu tepat untuk baba?
“Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jena z4h juga dituntut syara’. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah,” katanya sambil mengulangi permoh0nan m4af keluarga di akhir catatan itu.
kredit: sinar harian
Leave a Reply