Walaupun Bergelar Jutawan, Inilah Kereta Yang Digunakan Khairulaming

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Walaupun Bergelar Jutawan, Inilah Kereta Yang Digunakan Khairulaming

Sebut sahaja nama Khairul Aming, sememangnya ramai mengenali personaliti media sosial ini yang terkenal dengan video masakannya yang membuat ramai terliur dan menyelerakan.

Pasti ramai tahu Khairulaming akhirnya memperkenalkan produk keluarannya iaitu Sambal Nyet. Lebih mengejutkan dalam perkongsian di Twter pada Mac lalu, Khairulaming memaklumkan produknya itu berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.

Malah, Khairulaming akhirnya membuka kilang baru di Kota Bharu, Kelantan berkeluasan 14,000 kaki persegi. Namun, disebalik pelbagai kejayaan diraih pemuda itu siapa sangka Khairulaming hanya memandu kereta Perodua Bezza sahaja.

Berkongsikan perkara itu di Twtr, Khairulaming berkata dia gembira dengan keretanya itu yang mempunyai bonet yang luas serta jimat minyak.

Ujarnya lagi, dia sering menggunakan kereta tersebut untuk berulang alik ke Kelantan serta tiada masalah untuk perjalanan jauh.

Kata Khairulaming lagi, dia sudah menggunakan Bezza itu selama dua tahun dan sangat berpuas hati dengan keretanya itu.

Difahamkan, Khairulaming menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kereta mana yang patut dipilih antara Bezza atau pun Ativa.

Pendedahan Khairulaming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan jualan Bezza akan meningkat selepas ini susulan perkongsian berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapat Khairulaming mengenai kereta Bezza. Tidak kurang juga ada yang terkejut kerana jutawan seperti Khairulaming hanya memakai kereta Bezza sahaja.

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*