Anak S3bak Lihat Ibu ‘Lari’ Masa Sesi Bergambar, Teringat Allahyarham Suami

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Anak S3bak Lihat Ibu ‘Lari’ Masa Sesi Bergambar, Teringat Allahyarham Suami

Bagai sebuah tradisi, setiap keluarga pasti akan mengadakan sesi bergambar apabila tibanya hari raya Aidilfitri. Selain memperagakan tema yang sedondon, ia juga dibuat bagi memahat memori memandangkan semua dapat berkumpul dalam satu rumah.

Walau bagaimanapun, mungkin tidak semua bernasib baik dan berpeluang untuk menyambut lebaran bersama insan tercinta.

Kesian mak tak boleh teruskan sesi photoshoot sebab teringat Allahyarham abah

Berat hati untuk menanggung, itulah situasi yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita apabila telah kehilangan suami tercinta. Menerusi perkongsian nisssspanda di laman TkTk, mereka sekeluarga dilihat sedang mengadakan sesi bergambar sempena bulan Syawal.

Walaupun pada awalnya kelihatan biasa, namun secara tiba-tiba si ibu mula sebak dan beredar gara-gara terkenang akan Allahyarham.

Rindu yang tiada penghujung…semoga mak kuatkan semangat jalani hidup walaupun abah tiada lagi di sisi.

Jelas anaknya, tahun ini merupakan kali pertama mereka beraya tanpa kelibat seorang bapa. Malah, setiap kali photoshoot menjelang Adilfitri, sosok lelaki berkenaan pasti ada sekali bersama ahli keluarga. Mungkin perasaan rindu yang tidak berpenghujung, ibunya tidak mampu meneruskan sesi tersebut selain menitiskan air mata dek kerana terlalu rindu dengan insan tersayang.

Rindu yang amat dalam tu sampai tak boleh nak teruskan shoot…kesian mak semoga mak kuat lalui

Secara keseluruhan, perkongsian berkenaan telah mencapai lebih daripada 50 ribu views. Rata-rata netizen pula mengakui detik yang dirakam itu memang cukup meruntun jiwa. Malah, ramai juga yang mendoakan si ibu agar tabah mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

Kredit: TkTk nisssspanda

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*