Raya Di Kampung Tapi Tidur Di Hotel Boleh, Namun Jangan Jadi Seperti Tetamu. Ini Nasihat Dari Ustazah Asma
HARI raya adalah momen paling bermakna di mana ahli keluarga berpeluang untuk berkumpul bersama, saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama saudara.
Lebih-lebih lagi selepas lama tidak bersua muka dalam tempoh yang panjang kerana penularan wbk Cvdl9.
Apabila ramai-ramai berkumpul di kampung halaman, sudah pasti rumah ibu bapa penuh sesak dengan adik beradik, ipar duai dan saudara mara, menyebabkan ada yang memilih untuk menyewa hotel atau homestay.
Sekalipun trend ‘sewa hotel ketika pulang ke kampung’ boleh dikatakan agak normal, namun kadang kala ia menimbulkan tanggapan negatif sesetengah pihak.
Namun pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi satu hantaran di Fbk menghuraikan perkara berkenaan daripada sudut agama agar semua pihak dapat memahami situasi dan bersikap berlapang dada
‘Tidur lambak’ di kampung adalah perkara biasa apabila tibanya musim perayaan. Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi trnding. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
“Maka ada yang mence muh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
“Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendeda han aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur.
Ustazah Asma’ Harun melontarkan pandangannya mengenai isu tidur di hotel ketika pulang ke kampung dalam satu hantaran di Fbk.
“Bukan itu sahaja, bagi yang menyu su ba dan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahuakbar,” tulisnya.
Tambah Asma, berdasarkan pengalamannya sebagai seorang perunding cara rumah tangga sebelum ini, ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan prngrfi bermula dengan situasi sedemikian di kampung.
“Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
“Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara marvah anak isteri.
“Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah dua tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.
“Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga marvah, aurat dan pergaulan anak dan isteri,” tulisnya.
Dalam masa yang sama terang Asma, si anak juga perlu memainkan peranan untuk menerangkan situasi sebenar kepada keluarga agar tidak timbul salah faham.
“Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam di rumah ibu bapa, perlulah berikan sebab yang berkaitan syarak, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Rumah ibu bapa di kampung menjadi medan anak, menantu dan cucu berkumpul sewaktu hari raya. Gambar hiasan
“Pada waktu selain rehat malam, maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
“Janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak.
“Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah,” terang Asma lagi.
Sehingga kini hantaran tersebut meraih lebih daripada 1,200 komen dan 19,000 shares.
Kredit: mstar
Leave a Reply