Tr4g3di R4gvt 3 Ny4wa Masih Segar Dalam Ingatan, Raya 4 Beradik Kini Svram
KEDATANGAN Syawal kali ini dirai empat beradik secara sederhana tanpa insan tersayang. Na has tahun lalu masih berbekas buat adik-beradik yang kini berge lar ya tim pia tu.
Insden yang menim pa tujuh beranak sehingga mera gut tiga nya wa ketika melalui Jalan Kimanis-Keningau, Papar, masih terbayang dalam ingatan mereka.
Menurut Nursazzey Shazmeka Mazlan, 16, sehingga kini dia tidak dapat melupakan apa yang berlaku pada malam keja dian sehingga menyebabkan sudah dua tahun mereka tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama ibu bapa serta adiknya.
“Selalunya pada waktu ini (menjelang Hari Raya) kami bertungkus lumus menyediakan pelbagai persiapan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama.
“Ayah akan sibuk menghias rumah mengikut kemahuan ibu dan pada masa sama, saya dan adik-adik akan membantu mengemas serta membersihkan rumah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, di Putatan, Sabah, baru-baru ini.
Nursazzey Shazmeka berkata, sejak ibu bapanya mening gal du nia, semua keperluan ketiga-tiga adiknya diuruskan olehnya sendiri.
“Kalau dulu saya dan ibu akan bersama-sama membeli pakaian untuk adik-adik atau membeli barangan untuk keperluan rumah. Tetapi sekarang, semua saya lakukan sendiri, kena berdikari untuk uruskan adik yang masih kecil,” katanya.
Nursazzey Shazmeka (tengah), bersama adik-adiknya ketika ditemui pembe rita di kediaman mereka.
Sementara itu, Muhammad Irfan Ihtisyam, 11, mengakui masih teringat kedua ibu bapa dan kakaknya yang sudah mening galkan mereka selamanya.
“Tetapi saya harus kuat memandangkan saya seorang saja anak lelaki untuk membantu kakak untuk menguruskan adik-adik yang lain,” katanya.
Menurut nenek mereka pula, Naisah Miss, 61, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keempat-empat cucu sejak anak perempuannya mening gal du nia dalam na has itu.
“Saya sedih kerana mereka kehila ngan kedua ibu bapa ketika masih kecil, jadi saya dan suami ambil tanggungjawab untuk menjaga mereka.
“Syukur Alhamdulillah rezeki mereka sebagai anak yatim piatu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak untuk membantu termasuk dari segi kewangan untuk persekolahan dan sebagainya,” katanya.
Naisah berkata, tiada kesukaran untuk menjaga kesemua cucu-cucunya itu kerana yang sulung pun sudah besar dan boleh mengurus adik-adiknya.
Dalam kejadian 31 Mac 2021, lori tunda yang dinaiki tujuh beranak itu terba bas dan menyebabkan Mazlan Abdullah, 38, isterinya Norafidah Sukeymin, 37, bersama anak kedua mereka, Nursazilla Shazmira, 12, menng gal dunia.
Bagaimanapun, Nursazzey Shazmeka, Muhammad Irfan Ihtisyam, Nurmya Shaznira, 8 dan adik bongsu mereka, Nurnafisya Shazniza, 5, terselamat dalam keja dian itu.
Sumber: Sinar Harian
Leave a Reply