Buat Kejutan Untuk Anak Saat Akhir, Bapa Batal Rancangan Sebab Dah Tak Mampu Tahan Rindu Lebih 2 tahun Tak Pulang Beraya

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Buat Kejutan Untuk Anak Saat Akhir, Bapa Batal Rancangan Sebab Dah Tak Mampu Tahan Rindu Lebih 2 tahun Tak Pulang Beraya

PEMBUKAAN semula sempadan darat Malaysia-Singapura disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan buat rakyat negara ini yang bekerja di repub lik itu.

Berita gembira ini juga sekali gus telah memberi peluang kepada perantau yang bekerja di sana untuk pulang beraya bersama keluarga selepas lebih dua tahun sempadan ditutup.

Begitu juga dengan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Tia, 38, ini apabila berkongsi kisah dirinya dan anak-anak yang gembira menyambut kepulangan suami, Mohd Ridha Ramli, 40.

Bercerita lanjut kepada mStar, Tia memperincikan bagaimana kehidupannya lebih dua tahun lalu yang terpaksa menjaga tiga cahaya mata tanpa suami di sisi sambil perlu menguruskan rumah tangga.

“Suami saya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Singapura. Sebelum kahwin lagi memang dia sudah kerja dekat situ. Pada awal tahun 2019 dia mula kerja semula selepas balik ke rumah bercuti tiga hari.

“Masa dia di Singapura tiba-tiba negara kita isytihar ‘lckdwn’ pada Mac jadi dia ‘tersangkut’ dekat sana tak boleh balik. Bila diberi kelonggaran pulang, suami saya tetap tak lepas balik sebab kos untuk buat PCA (Perio dic Com muting Arrangement) dan ujian PCR agak tinggi.

Tiga anak Tia amat merindui bapa mereka yang tidak pulang ke Malaysia selama lebih dua tahun.

“Kami ada tiga anak kecil jadi kos sara hidup besar dan banyak pakai duit jadi suami terpaksa batalkan hasrat nak balik ke sini. Dua tahun saya dan anak-anak beraya tanpa dia dekat sini. Sebelum ada penyakit berjang kit ni, suami berulang alik setiap minggu sekali balik ke rumah,” jelas Tia.

Menurut wanita yang berasal dari Indo nesia ini, menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dan menguruskan anak-anak sendirian bukanlah satu perkara mudah.

Malah, katanya yang sudah 18 tahun menetap di Malaysia dan kini tinggal di Johor Bahru, Johor ini, keadaan menjadi semakin sukar apabila dia terpaksa berku rung kerana disahkan dijang kiti CvdL9 pada minggu lalu.

Suami Tia berjaya membuat kejutan buat anak-anak yang dirinduinya.

“Nak uruskan tiga orang anak tanpa suami memang agak ‘struggle’ juga. Tambah-tambah lagi mereka masih budak. Yang sulung baru berumur sembilan tahun, yang kedua berusia tujuh tahun dan paling bongsu baru berumur empat tahun.

“Anak-anak saya memang rindukan ayah mereka. Hampir setiap hari kami akan buat panggilan video sepanjang ayah mereka ada dekat sana. Kasihan mengenangkan nasib anak-anak tapi saya anggap saja ini semua ujian,” ujarnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia mendapat perkhabaran gembira suaminya dapat pulang ke Malaysia pada 28 April untuk meraikan hari raya bersama keluarga.

Tetapi pasangan ini berhasrat untuk membuat kejutan untuk anak-anak yang telah lebih dua tahun tidak bersua muka dengan bapa sendiri.

Kasihan mengenangkan nasib anak-anak tapi saya anggap saja ini semua ujian. TIA

“Kami (Tia dan suami) rancang nak buat surprise masa berbuka dekat restoran. Tapi masa lepas subuh pagi tu suami call cakap dia tak tahan lagi nak berjumpa anak-anak. Jadi pagi tu saya terus kejut anak-anak suruh bersiap.

“Saya beritahu mereka yang ada ‘kawan mama’ nak jumpa dekat City Square jadi mereka ikut untuk teman saya. Walaupun mengantuk tapi mereka OK saja turut cakap saya.

“Jadi masa sampai kami jalan kaki dekat sana dan tiba-tiba suami saya muncul. Perasaan rindu masa tu hanya Allah saja tahu. Suami terus peluk anak-anak mungkin sebab rindu sangat lama tak jumpa depan-depan,” imbas Tia.

Tia kemudian memuat naik rakaman tersebut di TkTk sebagai simpanan untuk kenangan bersama keluarga kecilnya ini.

Dalam pada itu, wanita ini turut meluahkan rasa gembira kerana dapat beraya bersama suaminya pada tahun ini setelah sekian lama terpisah.

Perkongsian gambar raya terakhir pada 2018 bersama suami sebelum pergi bekerja di Singapura.

“Dua kali saya beraya tanpa suami. Hanya mampu tumpang kasih dengan jiran saja. Mestilah rasa sedih tapi disebabkan ada anak-anak, saya terpaksa simpan tak boleh tunjuk yang saya sedih.

“Dulu baju raya kami memang setiap tahun sama warna. Dua tahun sebelum ni kami beli baju sama juga cuma suami tak dapat pakai. Tahun ni hajat nak pakai sedondon tercapai.

“Satu nikmat gembira yang tak boleh diungkap setelah sekian lama nak rasa momen beraya macam dulu kembali. Bila suami dah balik tengok dia bergurau dengan anak-anak ni saya rasa lega. Mujur dah ada ayah mereka boleh layan anak-anak,” katanya.

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*