Terbeli Ayam Golek Bvsuk. Pada Mulanya Penjual Bagi Tukar, Last Sekali Lain Pula Yang Jadi

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Terbeli Ayam Golek Bvsuk. Pada Mulanya Penjual Bagi Tukar, Last Sekali Lain Pula Yang Jadi

BERNIAGA bukan sekadar untuk meraih pendapatan semata-mata, sebaliknya perlu disertai keikhlasan dan nawaitu yang betul agar rezeki lebih berkat.

Sejak awal Ramadan, kerancakan bazar-bazar di seluruh negara sememangnya dirindui lebih-lebih lagi selepas dua tahun ia menjadi larangan berikutan penu laran CvdI9.

Namun di sebalik kerancakan suasana tersebut, boleh dikatakan saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian kurang menarik daripada netizen mengenai kualiti makanan yang dijual.

Begitu juga halnya dengan seorang pelanggan ini yang berkongsi kisah malang apabila ayam bakar yang dibelinya kurang masak selain berbau bu.suk.

Menurut Muhamad Harris Nasril, disebabkan mahu menuntut hak sebagai seorang pengguna, dia kembali ke gerai berkenaan pada keesokan harinya dan bersemuka dengan peniaga makanan terbabit.

“Dik, ni ayam bakar abang beli semalam tak masak. Liat dan berbau tak boleh nak makan. Boleh ganti balik tak?

“Boleh… abang pusing-pusing dulu, nanti dah masak abang datang ambil.

“Wah senangnya. Tak ada tanya bukti langsung. Bagus adik penjual ni. Selepas berpusing bazar dua kali, saya bertanya ‘dah siap ke dik?’

Dalam kemeriahan bazar Ramadan, boleh dikatakan saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian kurang menarik daripada netizen mengenai kualiti makanan yang dijual.

“Abang ada gambar ayam tak masak tu tak? Eh, dia tanya gambar minta bukti pula. Tadi mula-mula tak nak tanya. Saya membuka telefon bimbit dan menunjukkan gambar ayam tak masak yang saya tangkap hari sebelumnya,” kongsinya di Fbk, mengimbas kembali perbualannya bersama peniaga berkenaan

Bagaimanapun menurut Muhamad Harris, jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut selepas itu sedikit mengece wakannya.

Seolah-olah mahu mengelak apabila terpaksa memberi ganti rugi, peniaga berkenaan berkata tekstur dan warna daging ayam bakar sememangnya seperti gambar yang ditunjukkannya.

Namun Muhamad Harris berkata, dia menegaskan kejadian ayam berbau itu adalah kali pertama berlaku sejak beberapa kali dia membeli juadah yang sama daripada peniaga berkenaan sebelum ini sehingga terpaksa dibuang semua.

Dengan wajah yang jelas seperti tidak berpuas hati, Muhamad Harris berkata dia sekali lagi diminta untuk menunggu seketika sementara ayam siap dibakar dan diberi sebagai ganti rugi.

Jangan kata kita tak sokong peniaga bazar, dah empat kali kita beli pada dia sebelum ini.

“Ketika saya berdiri tunggu tu, saya perhatikan sahaja ayam-ayam lain yang sudah masak diberikan pada pelanggan yang baru datang. Ayam yang mahu digantikan itu dia masak yang lain, kecil sedikit.

“Saya mula meme luk tu buh memberi isyarat menunggu lama. Barangkali dia tidak selesa saya berdiri lama di situ, dia buat kerja tak keruan.

“Tiba-tiba ketika dia sedang mengalihkan seekor ayam lain yang sudah masak, ayam itu terlepas daripada pengepit besi dan jatuh ke jalan tar. Dah tak boleh jual. Dia terus masukkan ke dalam baldi,” ceritanya.

Beberapa ketika menunggu, akhirnya peniaga tersebut menyerahkan seekor ayam bakar kepadanya sebagai ganti.

“Saya kemudian mengambil bungkusan ayam itu dari tangan pekerjanya. Sekurang-kurangnya dia ganti walaupun nampak seperti tidak ikhlas dengan nada yang tidak enak didengar.

“Memang ini kali terakhir la dik beli dekat awak. Selamat maju jaya. Lepas ni kalau anak nak ayam bakar, baik saya beli di Bakers Cottage berharga RM18. Kalau di bazar tu, RM25

Sesetengah peniaga bazar mengambil kesempatan dan mengambil remeh kualiti makanan yang dijual. Gambar hiasan

“Jangan kata kita tak sokong peniaga bazar, dah empat kali kita beli pada dia sebelum ini,” kongsinya lagi

Perkongsian kisah tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji kesabaran pelanggan berkenaan.

Berikut reaksi dari netizan

“Vi ral jalan terbaik.. pengajaran kepada peniaga.. sifat manusia susah nak terima kesilapan sendir, akan ada dolak dalihnya..”

“Berniaga makanan tidak boleh terlsmpau banyak sebab pembrli tidak ramai kalau tidak habis rugi dari dan mubazir dan rusak makanan tersebut”

“Betul saya dah beli kat bakers cottage dah 2 kali puas hati.. murah pun murah” komen Has Loha

” Kepada penjual kat bazar tu jng la buat byak2 sekaran ni penbeli tak ramai mcm dulu.. buat bayak 2 tk ramai beli .. simpan masak esok pula .. tu la jadi makan tk sihat .berulat dn sebagainya.. buat sikit 2 pun tak apa .. kata org tua biar tk cukup dari menbazir.. kastema tk sempat hari ni esok blh datang lg.. jadi mcm ni org pun dh tk nk beli”

“Amat tinggi tahap kesabaran tuan. Moga dilimpahi rahmat dan nikmat Tuhan,” tulis @fikriejebat.

“Melayu berniaga biasanya salah niat sebab nak kaya. Sebab tu bila rugi dia marah-marah walau kadang-kadang salah dia sendiri.

Berniaga ni niat pertama mesti nak mudahkan atau puaskan hati pelanggan,” tulis @rayhunt.

“Gara-gara dia tak ikhlas nak ganti atas kesilapan dia, rugi lagi seekor ayam. Semoga dia dapat pengajaran,” komen @mahirahmoftah pula.

Secara kesimpulannya, tindakan tegas harus dilakukan dengan memberikan hu ku man setimpal terhadap peniaga yang cu4i dan memandang enteng isu kebersihan makanan. Jika berlaku ker4cunan makanan, pasti nya wa kita berdepan ri si ko.

Buat para peniaga, berilah perhatian kepada aspek kebersihan dan juga mutu serta kua­liti makanan jika mahu berniaga lebih lama, barulah berkat rezekinya.

Kepada orang ramai pula, buatlah pilihan yang bijak de­ngan mengambil kira soal harga dan kebersihan ketika membeli juadah, jangan kejar ‘makanan vi ral’ semata-mata kerana ia tak selalunya menjamin sesuatu makananan itu berkualiti dan sedap rasanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Kredit: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*