Ramai Merungut Raya ‘Single’ Tiada Pasangan, Nasib Wanita Ini Lebih Ped1h Sambut Aidilfitri Sebatang Kara Tanpa Ibu Bapa

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ramai Merungut Raya ‘Single’ Tiada Pasangan, Nasib Wanita Ini Lebih Ped1h Sambut Aidilfitri Sebatang Kara Tanpa Ibu Bapa

Aidilfitri tahun ini tidak bermakna selepas Nur Ain kehil4ngan ibu tercinta. BAGI sesetengah orang, Aidilfitri pada kali ini begitu dinanti-nantikan untuk diraikan bersama keluarga selepas dua tahun tidak berpeluang berbuat demikian.

Namun tidak bagi wanita ini yang baharu sahaja kehilangan ibu tersayang pada November tahun lalu akibat str0k.

Sungguhpun lima bulan sudah berlalu, namun pemergian si ibu ibarat merentap seluruh semangat lebih-lebih lagi dia merupakan anak tunggal.

“Tak teruja pun untuk menyambut Aidilfitri… rasa kosong sekosongnya. Tak ada feel nak beraya. Persiapan pun saya tak buat lagi, semuanya guna yang lama sahaja. Tiada istilah baju raya, saya pakai baju lama saja.

“Namun sebagaimana pesan arwah umi, saya terus mengemas rumahnya seperi biasa agar tetap berseri sebagaimana arw4h masih ada,” demikian kata Nur Ain Azman kepada mStar.

Berkongsi kisah pemer gian ibu tercinta, Zainun Surip, yang menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 5 November 2021, Nur Ain berkata ibunya j4 tuh s4kit pada 2017 selepas dise rang str0k.

“Saya masih ingat, Oktober 2017 umi diser4ng str.ok kali pertama. Ketika itu dia masih boleh bercakap, berjalan dan masih kenal saya. Selang tiga hari, umi diser4ng str.ok kali kedua.

“Ia menyebabkan umi terus terlantar dan memerlukan bantuan saya sepenuhnya. Ketika itu saya bekerja di sebuah agensi pelancongan di Kuala Lumpur dan terus nekad pulang ke kampung di Sungai Rambai, Melaka untuk jaga umi.

Nur Ain tekad berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang dise r4ng str0k pada 2017.

“Saya anak tunggal, umi dan ayah dah lama berpis4h tapi saya membesar dengan umi. Ayah masih ada dan menetap di Semenyih.

“Syarikat tak benarkan saya resign. Majikan beri cuti selama dua tahun dengan gaji. Saya terharu majikan sangat memahami, saya tak sangka sebab memang terfikir nak berhenti kerja,” ujar wanita berusia 34 tahun ini.

Menurut Nur Ain, keadaan kesihatan ibunya makin mer0sot selepas dise r4ng str0k buat kali ketiga pada 2018.

“Memang doktor beritahu keadaan umi akan terus meros.ot dari semasa ke semasa, umpama kembali jadi budak kecil. Namun saya tak berputus asa.

Gambar kenangan ibu Nur Ain ketika mereka bercuti bersama-sama.

“Saya cuba apa saja kaedah perubatan alternatif dan perubatan Islam yang berkaitan dengan str0k di samping kaedah moden. Memang saya struggle seorang diri dari A sampai Z.

“Rutin setiap hari membersihkan ibu, suapkan makanan. Saya bersembang macam biasa walaupun tiada respon. Rindu sangat momen bercerita dengan umi sebab saya selalu meng4du mas4lah padanya.

“Sambil menjaga umi, saya buat bisnes kecil-kecilan di rumah seperti printing dan top-up kredit telefon bimbit, sambil jadi personal shopper untuk orang kampung yang nak beli barang online,” ujarnya lagi.

Bercerita lebih lanjut, Nur Ain berkata meskipun ibunya sudah menghadap Ilahi, namun dia tetap menetap di rumah pusaka milik arw4h sehingga kini.

“Saya berada di samping umi sejak dia jatuh s4kit pada 2017 sehinggalah umi hembuskan nafas terakhir. Lebih empat tahun berdua dengan umi, saya rasa keberatan untuk tinggalkan rumah ini.

“Syarikat lama ada tawarkan bekerja semula tapi saya masih menimbangkannya. Segala-galanya di rumah ini membuatkan rindu saya pada umi terub4t, selain menziarahi pus4ranya setiap hari,” katanya lagi.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TkTk meraih sehingga lebih 282,000 jumlah tontonan, Nur Ain berkata perkongsian tersebut dilakukan sekadar untuk dijadikan kenangan selain mahu mengub4ti rindu pada arw4h ibunya.

Nur Ain tidak pernah gagal menziarahi pus4ra ibunya setiap hari, sejak wanita itu men1nggal du nia November tahun lalu.

“Masa umi masih s4kit, pernah terlintas di minda, mungkin 2022 saya akan raya keseorangan. Waktu tu terfikir-fikir macam manalah nasib aku nanti raya seorang diri.

“Selalu kita tengok orang share, raya single tanpa pasangan tapi sebenarnya yang paling terasa beraya single adalah mereka yang beraya tanpa ibu ayah.

“Sedikit sebanyak saya nak sampaikan mesej kepada mereka di luar sana agar hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada. Ada yang komen, dia masih ada ibu ayah dan adik beradik tapi tetap rasa sunyi. Pada saya, mungkin kena perbaiki ‘bonding’ keluarga.

“Walaupun masih tak puas bersama umi sebab sebelum ini belajar jauh dan bekerja namun saya bersyukur Allah beri kesempatan selama lebih empat tahun untuk jaga dan berada di samping umi 24 jam sampai dia hembuskan na fas terakhir,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*