Ibu Tvnggal Tempah Teksi Ke Kvbvr, Bila Tahu Niat Sebenar Anak-Anak Buat Uncle Kentang Tersentuh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Ibu Tvnggal Tempah Teksi Ke Kvbvr, Bila Tahu Niat Sebenar Anak-Anak Buat Uncle Kentang Tersentuh

NAMA Uncle Kentang sememangnya tidak asing lagi bagi komuniti Fbk dan juga rakyat Malaysia. Lelaki yang dikenali kerana aktif melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan itu turut sinonim dengan beberapa inisiatif ‘tidak masuk akal’ seperti Teksi 10 sen, Kedai 10 sen, Ambulans RM1, Rumah Transit RM1, Kereta Sewa RM1 dan banyak lagi.

Inisiatif-inisiatif berkenaan adalah ideanya untuk meringankan bebanan khususnya buat golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Baru-baru ini Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah penuh meruntun jiwa di mana dia dihubungi oleh seorang wanita bagi mendapatkan pertolongan.

Bukan wang ringgit atau barangan keperluan, sebaliknya permintaan wanita berstatus ibu tunggal itu cukup membuatkan dirinya terkesan.

Inisiatif Teksi 10 sen adalah pengangkutan yang khusus untuk menghantar atau mengambil mana-mana individu kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Foto: Kentang Media

“Permohonan simple tapi amat bermakna buat dirinya (wanita itu). Dia tanya ‘Uncle, boleh saya gunakan perkhidmatan Teksi 10 sen?’. Aku pun jawab ‘Boleh. Makcik nak ke mana? Hospital mana?” kongsinya dalam hantaran tersebut.

Untuk makluman, inisiatif Teksi 10 sen adalah pengangkutan yang khusus untuk menghantar atau mengambil mana-mana individu kurang berkemampuan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Bagaimanapun jawapan yang diberi oleh wanita berkenaan nyata mengejutkan Uncle Kentang.

“Tidak Uncle, saya nak ke kv bur, nak baca Yasin dan lawat arw4h suami. Anak-anak pun rindu dekat ayah mereka. Semuanya masih kecil.

“Saya tak mampu bayar duit teksi atau Grab. Nak minta tolong Uncle bagi perkhidmatan Teksi 10 sen,” kongsi Uncle Kentang sebagaimana yang diceritakan wanita berkenaan.

Uncle Kentang juga menyediakan perkhidmatan ambulans buat golongan kurang berkemampuan. Foto: Kentang Media

Ketika dihubungi mStar, Uncle Kentang berkata wanita itu menetap di Taman Putra Perdana, Puchong dan mahu menziarahi pusara arw4h suaminya di Tanah Perkv buran Presint 20, Putrajaya.

“Walaupun selalunya Teksi 10 sen untuk tujuan perubatan dan kesihatan tetapi kali ini kita bantu, kita akan tunaikan hajat mulia ibu tunggal tersebut.

“Dia minta pertolongan hantarkan ke kv bur untuk menziarahi pusara arw4h suaminya… bukannya nak pergi membeli-belah,” katanya.

Difahamkan wanita tersebut memohon bantuan pengangkutan untuk kegunaan pada Sabtu ini.

Dia minta pertolongan hantarkan ke kv bur untuk menziarahi pusa ra arwah suaminya… bukannya nak pergi membeli-belah.

UNCLE KENTANG

Menurut Uncle Kentang lagi, daripada perbualan dengan ibu tunggal berkenaan juga didapati wanita tersebut sememangnya seorang individu yang kurang berkemampuan.

“Bukan itu saja, saya berhasrat untuk bantu dia membeli serba sedikit keperluan untuk menyambut Aidilfitri nanti,” kata bekas ang gota po lis ini lagi.

Sementara itu bercakap mengenai inisiatif Teksi 10 sen, Uncle Kentang berkata idea itu tercetus selepas dia menyaksikan kepayahan seorang lelaki berbangsa Cina yang terpaksa berulang alik ke hospital bagi rawatan susulan untuk penyakit kn ser.

“Selepas melihat kepayahannya dan ramai lagi orang miskin dan sakit yang menghadapi masalah yang sama, kami memutuskan untuk memulakan operasi Teksi 10 sen.

Uncle Kentang sinonim dengan beberapa inisiatif ‘tidak masuk akal’ seperti Teksi 10 sen, Kedai 10 sen, Ambulans RM1, Rumah Transit RM1, Kereta Sewa RM1 dan banyak lagi.

“Ramai yang mengalami masalah kesihatan semakin merosot kerana mereka ‘ponteng’ pada temujanji di hospital atas beberapa faktor.

“Bayangkan kalau rawatan cuci lvka di premis kerajaan RM1, tapi kos tambangnya lagi mahal daripada rawatan. Kebanyakan golongan B40 tak mampu, jadi penyakit melarat hingga mening gal dvnia.

“Kalau dia mening gal dvnia, isteri dan anak-anak mesti susah. Sebab itu kita bantu menerusi inisiatif ini. Lagipun mana-mana agama menggalakkan kita membantu orang sakit dan memudahkan urusan orang lain,” akhirinya.

Kredit: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*