Tiada Lagi ‘Kepuk-Kepuk’, Anak Perempuan 7 Tahun ‘T4r4h’ Rambut Sendiri Dalam Bilik Air… Ibu Men4ngis Tak Berlagu

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Tiada Lagi ‘Kepuk-Kepuk’, Anak Perempuan 7 Tahun ‘T4r4h’ Rambut Sendiri Dalam Bilik Air… Ibu Men4ngis Tak Berlagu

Aleesyah menggunting rambut sendiri tanpa pengetahuan ibunya. DIAM-DIAM ubi berisi… Dalam diam rupa-rupanya si kecil ini potong rambut sendiri!

Bukan alang kepalang si ibu bernama Ana Suriana, 35, setelah mengetahui anaknya, Nur Fatihah Aleesyah memandai-mandai memotong rambut sehingga terlalu pendek.

Ujar Ana Suriana yang mesra disapa Sue, tindakan anaknya yang baru berusia tujuh tahun itu meng0rb4nkan mahkotanya cukup membuatkan dia hil4ng kata-kata.

“Rambut anak saya memang tak pernah pot0ng pun sejak selepas dia bercvkur masa b4by dulu. Saya sayang nak pot0ng sebab rambut dia jenis lebat dan cantik.

“Saya tinggal dekat rumah mak (nenek Aleesyah) masa tu. Waktu saya baru balik selepas keluar beli barang, saya nampak anak saya lalu. Mula-mula ingatkan rambut dia diikat.

“Tiba-tiba saya dengar nenek dia menjerit tanya rambut siapa banyak-banyak dekat bilik air dengan gunting. Saya pun pelik apabila mak saya sebut fasal rambut tu.

Menurut ibunya, rambut Aleesyah mula disimpan sejak masih bayi lagi.

“Apabila saya pergi tengok dekat sinki dan lantai bilik air, dengan terkejutnya tengok anak saya dengan imej berambut pendek,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Sue yang tinggal di Benut, Pontian, Johor ini, dia sangat terkej.ut dengan apa yang berlaku lalu memarahi anak gadisnya ini.

Malah, ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini, Aleesyah sendiri turut menyes4l setelah melihat rambutnya yang tidak lagi cantik seperti sedia kala.

Imbas Sue, setelah ditanya kepada Aleesyah yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik ini, dia menjumpai gunting tersebut di dalam laci meja milik neneknya.

“Apabila saya tanya kenapa dia potong rambut pendek sampai macam tu sekali, dia beritahu nak rambut pendek sama macam kawan. Tapi saya cakaplah kawan tu memang dah asalnya rambut pendek kenapa nak sama macam dia. Dia ingat lawak agaknya.

Sue turut meluahkan rasa kece wa dan mar4hnya terhadap perbuatan anaknya ini.

“Saya mar4h dia lepas tengok keadaan rambut dah pendek tu tapi nak cakap lebih-lebih pun dah tak ada gunanya. Dia sendiri pun menyes4l lepas tengok rambut sendiri dah pendek tu siap cakap nak rambut asal balik.

“Masa dia kena mar4h tu memang menangis sambil meronta cakap nak rambut panjang dia balik. Rambut pendek ni tak cantik sambil member0nt4k sendiri,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TkTk, wanita ini menerima pelbagai jenis reaksi daripada netizen yang turut ‘bers1mpati’ dan kasihan setelah melihat rambut anak Sue.

Sue bekerja sendiri sebagai seorang Make-up Artist (MUA).

Jelasnya, dia tidak menyangka bahawa perkongsian ini menjadi tular setelah dia memuat naik video tersebut kerana tujuan asal hanya ingin disimpan sebagai kenangan sahaja.

“Saya terkejvt tiba-tiba video tu jadi vi ral sebab lepas postvideo tu saya terus buat kerja lain. Lagipun saya saja simpan buat kenangan dekat TkTk. Bila besar nanti, dia boleh tengok balik per4 ngai dia buat mama dia sed1h ni.

“Saya cuba repair sikit rambut dia lepas Aleesyah potong sendiri tu. Rambut dia senget jadi saya cuba samakan sikit walaupun masih nampak ‘ca cat’. Selebihnya saya biarkan saja nanti dia (rambut) tumbuh sendiri.

“Alhamdulillah tak ada orang kec4m pun lepas tengok video rambut anak saya macam tu. Ada yang anggap kelakar dan kesian pada saya saja. Ada juga yang cakap rambut panjang Aleesyah tu rambut pal su,” jelasnya menutupi kisahnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*