Jarak Umur 20 Tahun, Lelaki Ini Bahagia Berjodoh Dengan Adik Ipar Abang – ‘Kongsi Mentua Yang Sama’
Betullah kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. Jika dah ditakdirkan bersama, tiada apa yang dapat mengh4lang dua hati daripada bersatu. Begitulah kisah pasangan suami isteri ini. Walaupun berjarak umur 20 tahun, usia bukan penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.
Jarak umur 20 tahun
Kisah cukup ro mantis ini dikongsikan oleh seorang pengguna TkTk yang dikenali dengan nama Mr.Areqim91. Menurut lelaki ini, dia yang berusia 23 tahun telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yanag berusia 43 tahun. Meskipun si isteri lebih berusia namun lelaki ini menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang ‘sweet’ dan matang. Malah, dia juga bersyukur dengan rumah tangga yang dibina bersama insan tersayang.
Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian video lain, lelaki ini mendedahkan mengenai status dia dan isterinya sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Menurut Areqim, isterinya itu merupakan adik ipar abangnya (kakak kandung isteri Areqim adalah kakak ipar Areqim). Difahamkan, Areqim telah berkahwin dengan adik kandung kakak iparnya. Dalam erti kata yang lain, Areqim dan abangnya berkongsi mentua yang sama.
Dulu tak pernah pun terfikir yang adik ipar abang aku tu jodoh aku rupanya.
Kisah yang jarang-jarang berlaku ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Kebanyakan daripada mereka teruja dengan kisah percintaan pasangan ini malah mereka sempat menitipkan doa agar Areqim dan isteri diberi kebahagiaan yang berpanjangan.
Respon netizen
Antara komen netizen yang lain
Sumber: Mr.Areqim91 Via OHBulan
Leave a Reply