Baju Sekolah Pun Tak Lepas Nak Beli, Ibu Tunggal Lebih Fikir Duit Anak Masuk Asrama Penuh Raya Tolak Tepi

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Baju Sekolah Pun Tak Lepas Nak Beli, Ibu Tunggal Lebih Fikir Duit Anak Masuk Asrama Penuh Raya Tolak Tepi

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan situasi keluarga ini yang dihimpit kepayahan selepas tonggak utama mereka dise rang str0k secara tiba-tiba.

Pada usia yang boleh dikatakan masih muda, Ibarahim Yusof, 41, yang bekerja sebagai mekanik motosikal diserang strok pada Februari lalu sebelum menghembuskan na fas terakhir pada Jumaat lepas.

Kini tinggallah isterinya yang dikenali sebagai Azlina, 40, mengambil alih tugas membesarkan empat cahaya mata mereka yang sedang membesar berusia antara tujuh hingga 15 tahun.

Rintihan Azlina yang juga seorang suri rumah dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu, di FBk.

“Seluruh tanggungjawab suami kini berpindah ke bahu saya. Saya terpaksa menyelesaikan semua urusan sendirian.

Natipah merupakan aktivis masyarakat dan juga kebajikan yang aktif dalam lapangan misi kemanusiaan sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kadang kala saya rasa seolah sudah tidak tertanggung lagi. Selain sewa rumah yang tertunggak, bil-bil lain juga turut tertunggak,” demikian luahan wanita tersebut yang diceritakan kembali oleh Natipah.

Walaupun hidup dalam serba kepayahan, Azlina tidak rela pelajaran anak-anaknya terabai, justeru dia sedaya upaya berusaha menyediakan yang terbaik lebih-lebih lagi anak keduanya mendapat tawaran sebuah sekolah berasrama penuh.

“Walaupun hidup saya kini susah dan hanya dengan mengharapkan ihsan saudara mara dan jiran tetangga tetapi saya sangat menjaga pelajaran anak-anak,” kongsinya.

Dalam perkongsian tersebut, Natipah berkata ibu tunggal kepada empat cahaya mata yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu sudah memohon bantuan daripada pihak berwajib tetapi masih dalam proses.

Di kala ibu bapa lain sudah mula menyediakan keperluan anak-anak untuk menyambut Aidilfitri, namun tidak bagi keluarga ini.

“Aidilfitri yang bakal menjelang, langsung tiada maknanya buat kami. Masakan mampu membeli baju raya sedangkan anak ke sekolah pun hanya dengan baju sekolah terpakai pemberian orang,” luahnya.

Kisah Azlina turut meruntun hati netizen.

Justeru Natipah berkata, perkongsian tersebut adalah bertujuan untuk mengumpul sumbangan ramai agar sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung lima beranak ini.

“Maka itu, ‘Sedekah Jumaat’ kita diakad dengan niat membantu keluarga ini yang masih di dalam kesedihan mengenangkan nasib yang patah dahan untuk bergantung hidup.

“Semoga Sedekah Jumaat kita ini akan membawa sinar kebahagiaan kepada kelurga ini dan menjadi asbab amal ibadah kita diangkat Ilahi,” tulisnya.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 182 shares di FBk.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar Via Malaysia Tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*