Pernah Berlakon Filem Bersama Amy Search, Kini Johan Abdullah Buntu Fikir Tempat Tinggal Baru
“Ke mana saya sekeluarga nak pergi?” Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, yang kini menderi ta peny4kit Parkinson dan angin ahmar buntu memikirkan tempat tinggal selepas ini.
Menurut Johan, 73, rumah sewa yang diduduki bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Raihani Johan, 6, sejak 2008 di sini, akan dijual pemiliknya.
“Kami sekeluarga cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun kami diberi tempoh selama tiga bulan oleh tuan rumah untuk mencari rumah baharu dan mengosongkan rumah.
“Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini,” katanya.
Johan (kiri) bersama isteri, Sharifah Mariam serta dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 9, dan Orkid Raihani Johan, 4, ketika ditemui di rumahnya di Taman Mantau Indah 2, Seremban.
“Bukan mudah mencari rumah baru yang perlu menyediakan duit bayaran muka atau ‘deposit’ kerana saya sudah lama tidak bekerja dan juga persekolahan kedua anak kami,” ujar pelakon watak ‘orang putih’ yang senonim dengannya. Menurut isterinya, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilang sumber pendapatan sejak suami jatuh sakit pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.
“Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.
“Tapi bila suami sakit memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghi dap penya kit tu lang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.
“Lagipun kami ada dua anak masih bersekolah perlu ditanggung berusia 11 dan enam tahun,” katanya.
Berlakon dalam filem Fenomena pada tahun 1990
Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.
Apabila mengenang keadaan Johan membuatkan Sarepah sayu lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya juga yang tidak lagi sekuat dulu sejak diuji penyakit t1r01d dan ‘slpp3d d1sc’ (cake ra teran jak).
Pandai Berbahasa Melayu
Johan berkata, ada yang bertanya bagaimana dia mampu berbahasa Melayu baik walaupun masih pelat Inggeris.
“Semuanya bermula apabila saya berkahwin dengan ar wah isteri, Hadijah Atan pada 1974 dan menetap di Sepang ketika itu dan dikurniakan sembilan cahaya mata.
“Isteri mening g4l pada 2010 aki bat peny4 kit b4 rah dan saya kemudian berkahwin lagi dengan isteri sekarang, Sharifah Mariam Abu, 47, dan dikurniakan dua anak, Orkid Raihani Johan, 4, dan Abdullah Musa Johan, 9, dan kini tinggal menyewa sebuah rumah di Taman Mantau Indah 2,” katanya.
“Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.
“Cuma yang saya risau kalau keadaan kesihatan saya yang tidak sekuat dahulu untuk menjaga abang Johan yang lebih memerlukan kerana kalau saya kuat tidak mengapa, tapi sekarang saya pun tak sihat,” katanya.
Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.
“Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.
“Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon,” katanya.
Johan berkata, dia sudah lama tidak menerima tawaran untuk berlakon dengan lakonan terakhirnya adalah menerusi filem 29 Februari yang ditayangkan pada 2012.
“Jika ditanya sama ada saya rindu dengan bidang lakonan, sudah tentu kerana ia sudah biasa dan menjadi ‘da rah daging’ sejak bermula pada pertengahan 1970-an.
“Sekiranya ada tawaran lakonan, saya tentu tidak menolak namun bergantung kepada keadaan saya ketika ini. Jika ada tentu sedikit sebanyak membantu perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pembe rita di rumah yang disewanya di Taman Mantau Indah 1, di sini hari ini.
Menurut Johan, walaupun sudah lama tidak tampil di layar perak mahu televisyen, ramai kenalan artis terutamanya pelakon-pelakon veteran masih menghubunginya dan bertanyakan khabar.
“Ada rakan-rakan artis dan kenalan lama seperti dari Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia yang datang menjenguk dan menghulurkan bantuan, saya sangat menghargainya,” katanya.
Sumber : HMETRO
PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply