Abang Angkat Kini Bapa T1ri, Betul Ke Ada ‘Plot Twist’? Beza Umur Dengan Ibu 20 Tahun, Gadis Ini Anggap Dah Jodoh

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Abang Angkat Kini Bapa T1ri, Betul Ke Ada ‘Plot Twist’? Beza Umur Dengan Ibu 20 Tahun, Gadis Ini Anggap Dah Jodoh

Jiha dijaga oleh lelaki yang dianggap sebagai abang angkat sejak kecil. “MULA-mula ‘berangkat’, akhirnya jadi bapa tiri”

SIAPA sangka lelaki yang dahulunya bergelar abang angkat, kini bertukar status menjadi bapa tiri.

Begitulah kisah Norziha Syuhada Rosili, 23, yang dikongsi kepada mStar, dia mengenali lelaki berusia 31 tahun bernama Hafizi selama lebih 12 tahun sekali gus menjadikan hubu ngan mereka akrab seperti adik dan abang.

Lebih mesra disapa Jiha, dia bercerita mengenai bagaimana abang angkatnya itu bertemu jodoh dengan ibu k4ndungnya, Hatini Mat Isa, 51, dan mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

“Masa umur saya sembilan tahun, ayah k4ndung men1ng gal empat hari sebelum hari raya. Disebabkan tiada lelaki dalam ahli keluarga saya, dua bapa saudara saya datang dan duduk dekat rumah ni untuk jaga keluarga kami. Mereka berdua sanggup datang dari Kedah ke Perak semata-mata untuk jaga kami. Kebetulan pula masa tu mereka ni masih bujang.

 

“Satu hari, bapa saudara ajak kawan datang beraya di rumah. Dalam ramai-ramai kawan dia tu, ada seorang yang rapat dengan keluarga saya. Dia (Hafizi) baru berusia 19 tahun dan masa tu saya kecil lagi, jadi saya panggil dia abang.

“Dia selalu ambil berat tentang keluarga saya. Kami susah senang pun semua dengan dia. Masa rapat tu adik saya yang bongsu baru berusia dua bulan selepas ayah men1ng gal,” ujarnya.

Ibu kandung (kiri) dan abang angkat Jiha mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Disebabkan jarak usia dan umur lelaki itu tidak jauh beza, Jiha menggelarkannya abang meskipun telah menganggapnya seperti bapa sendiri.

Jelas gadis yang menetap di Sungai Siput, Perak ini, abang angkatnya mengambil keputusan untuk memperisterikan ibunya atas dasar ikhlas kerana mahu menjaga familinya seperti ketua keluarga.

Tambah anak sulung daripada empat-beradik itu, dia dan adik-adiknya akur dengan keputusan itu, malah berasa senang hati apabila lelaki berkenaan menikahi ibunya.

“Abang angkat saya juga orang Perak. Dia duduk dengan keluarga sendiri dekat sini. Dari saya dan adik-adik kecil lagi dia ulang-alik untuk jenguk kami.

“Sebenarnya saya tak anggap dia macam abang pun, tapi lebih kepada ayah angkat. Tapi sebab jarak umur dia dengan ibu 20 tahun, jadi saya lebih selesa panggil dia abang.

“Selepas dia berkahwin dengan ibu, saya kena tukar panggilan tu kepada ayah sebab dah jadi bapa ti ri dan bukan lagi abang angkat. Mula-mula janggal sebab dah terbiasa panggil abang tapi lama-lama bolehlah,” katanya lagi.

Jiha akui sedikit jang gal untuk menerima bapa ‘baharu’ dalam hidupnya.

Mengenai video yang dimuat naik hingga tu lar, Jiha tidak menyangka netizen tertarik dengan kisahnya sehingga meraih lebih 2,000 komen menerusi perkongsian di aplikasi TkTk.

“Ingat suami akak, mela wan hu kum angkat-angkat ni”

“Elok-elok panggil abang kena panggil ayah pula”

“Weh! Plot twist drama melayu betul,” antara komen beberapa netizen.

Antara komen netizen.

Walau bagaimanapun, menurut gadis yang sudah bertunang pada Oktober 2021, dia reda dan menerima segala ketentuan dan takdir yang ditetapkan oleh Allah.

“Ramai ingat saya bercinta dengan abang angkat tu. Bunyinya agak pelik, tapi benar. Ibu saya yang kahwin dengan dia bukan saya.

“Mula-mula tu sebenarnya saya tak sedia nak ada ayah ti ri, tapi nak buat macam mana kalau dah jodoh. Saya cuma doakan yang baik-baik tentang kebahagiaan ibu dan bapa baru,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak BicaraKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*