Lepas 5 Tahun, Pemuda Pulangkn Kereta Sewa RM1 Sebulan Diguna Untuk Ke Kelas, Uncle Kentang Terk3jut Bila Dapat Tahu Pekerjaan Dia Kini

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Lepas 5 Tahun, Pemuda Pulangkn Kereta Sewa RM1 Sebulan Diguna Untuk Ke Kelas, Uncle Kentang Terk3jut Bila Dapat Tahu Pekerjaan Dia Kini

NAMA Uncle Kentang sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat dan juga komuniti Fbk. Lelaki berbangsa Cina ini mengagumkan ramai dengan sifatnya yang suka membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa mahupun keturunan.

Lihat sahaja profil Fbknya, penuh dengan ‘update’ mengenai aktiviti kebajikan yang disertainya dan hebahan bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Tiada apa yang diharapkanUncle Kentangdaripada kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya kerana ia dibuat atas dasar tanggungjawab untuk membantu sesama manusia.

Namun tiada apa yang lebih menggembirakan lelaki ini apabila pertolongan yang pernah dihulur suatu ketika lalu, kini dibalas dengan berita yang tidak disangka-sangka, sebagaimana kisah yang dikongsikan di laman Fbk.

“Seorang pelajar Universiti Pahang Malaysia. Pada tahun 2017, beliau datang jumpa kami dan mohon sewa kereta RM1 sebulan kerana kampus beliau jauh dari tempat tinggal, nak beli kereta tak mampu, nak sewa tak mampu.

“Maka beliau datang ke Puchong jumpa kami untuk minta bantuan sewa kereta RM1 sebulan. Kebetulan ada insan yang derma kereta RM1 kepada kami iaitu Proton Saga dan kami pun sampaikan kepada beliau,” demikian coretannya.

Menurut Uncle Kentang, anak muda itu menggunakan kereta tersebut selama lima tahun dengan membayar sewa hanya RM60.

Lima tahun menggunakan kereta berkenaan, anak muda itu akhirnya memulangkan semula kenderaan tersebut kerana bakal pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu, Sabah ekoran mendapat tawaran pekerjaan.

Dia Dah Jadi Engineer

“Sepanjang lima tahun beliau gunakan kereta, beliau tahu jaga kereta dengan elok, tak menyusahkan kami. Dan pada 7 April 2022, beliau pulangkan kereta kepada kami.

“Ini dia anak muda Sabah, seorang yang bijak mengurus hidup. Beliau lulus dengan degree Mechatronics Engineering. Seorang engineer sekarang.

“Beliau dapat offer kerja di Lahad Datu dan beliau akan balik ke Sabah untuk dirikan rumah tangga. Semoga bahagia. Kawan saya pun nak ambil dia kerja.

“Tak rugi ambil dia kerja kerana beliau sungguh seorang anak Sabah yang terunggul. Beliau pesan kalau kereta itu ada apa-apa rosak, nanti maklum dekat dia,” tulis Uncle Kentang.

Menurut aktvis masyarakat ini lagi, dia turut tumpang berbangga dengan kejayaan anak muda berkenaan yang sama sekali berbeza ketika mula meminta pertolongan lima tahun yang lalu.

“Saya tersenyum kerana dapat bantu seorang anak muda Sabah mencapai impian beliau. Kereta setelah digunakan lima tahun masih elok.

“Kagum dengan anak Sabah ini. Tak rugi kami sewakan RM1 sebulan kepada beliau. Akhirnya kita berjaya menghasilkan seorang engineer untuk Sabah dan Malaysia.

“Terima kasih kepada penderma kereta RM1. Bersama-sama kita jadikan Malaysia hebat,” tulisnya lagi.

Sehingga kini berkongsian tersebut meraih 336 shares di Facebook.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*