Wanita Baring di Tengah Jalan, Disangkakan Batang Kayu
SEORANG lelaki nya ris melanggar seorang wanita baring di tengah jalan yang disangkanya sebatang kayu dalam satu kejadian di Soi Khlong Nonthaburi, Thailand pada 11 malam Isnin.
Lelaki itu, Panuwat Khamloy, 32 tahun, mengatakan ketika kejadian dia memandu seorang diri, dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Katanya, pada mulanya dia hanya nampak objek hitam di tengah jalan, lalu bertindak memperlahankan kenderaan sebelum menggunakan lampu tinggi, dan ia kelihatan seperti seorang wanita.
Dia menyangkakan wanita itu mungkin terlibat dalam kema la ngan, tetapi selepas melihat di sekeliling tiada sebarang serpihan kaca.
Ketika itu, dia terdengar suara tangisan wanita terbabit, dan tidak berani mendekati bimbang akan keselamatan diri serta khuatir ia satu peni puan.
Akhirnya, Panuwat mengambil keputusan untuk mengelak wanita itu dan meneruskan perjalanan.
Katanya, berselang beberapa minit seorang penunggang motosikal dilihat mengheret wanita itu ke tepi jalan.
Sementara itu, memetik laporan one31.net, yang mengubungi Ba lai Po lis Bang Mae Nang, wanita itu dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum bertindak meminum ar4k sehingga m4 buk.
Pihak po lis telah ke lokasi kejadian dan membawa wanita itu pulang.
Leave a Reply