Panggilan “Mak” Tak Bersahut, Rupanya Dah 7 Bulan Mak Tiada – Wanita Ini Tidak Pernah ‘Skip’ Ziarah Rumah Arw4h

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Panggilan “Mak” Tak Bersahut, Rupanya Dah 7 Bulan Mak Tiada – Wanita Ini Tidak Pernah ‘Skip’ Ziarah Rumah Arw4h

Tiada lagi kelibat sosok wanita tua yang duduk di kerusi roda sambil dibelai anak-anak yang setia menjaga tanpa sedikit pun keluhan. Lebih sebak, rumah yang menjadi tempat adik-beradik membesar dan berkumpul ibarat hilang serinya selepas pem3rgian insan yang bernama ibu.

Video yang dikongsi wanita ini di me dia sosi al saat dia menziarahi rumah ar w4h ibunya, benar-benar menggamit rasa sayu warganet lebih-lebih lagi disulami lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dendangan Uji Rashid.

Lebih sɛbak apabila kedengaran wanita berkenaan memanggil dan mencari-cari ibunya yang sudah tiada, tanda rindu yang tak berpenghujung.

Menurut wanita bernama Nor Hidayah Johari, ibunya Hawa Yang mening g4l dunia pada September tahun lalu selepas empat hari dirawat di hospital kerana dijang kiti Cv1dI9.

Sungguhpun tujuh bulan telah berlalu, namun semuanya masih jelas dalam ingatan Nor Hidayah saat pemɛrgian arw4h ibu.

“Kami adik-beradik bergilir jaga mak, dia tak boleh berjalan sejak dua tahun lalu. Ar w4h ayah dah mening g4l pada 2016. Ogos tahun lalu, sepatutnya giliran saya yang jaga selepas kakak sulung.

“Tapi pada 31 Ogos, saya ambil d0s kedua vksln. Mak suruh saya berehat dulu, takut saya tak larat nak jaga dia. Dua hari kemudian, kakak sulung call sambil menangis beritahu suaminya pstif CvldI9.

“Masa tu memang risau sangat-sangat dekat mak sebab dia ada masalah paru-paru, selain s4kit kaki. Nak dijadikan cerita, oksig3n mak menurun dan kakak terus call ambulans. Mak dikejarkan ke Hospital Teluk Intan,” cerita wanita berusia 34 tahun ini.

Tambah Nor Hidayah, dia dan adik-beradiknya tidak senang hati menantikan perkembangan daripada ibu mereka memandangkan tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani, tambahan pula ibunya tidak mempunyai telefon bimbit.

“Saya duduk dekat Teluk Intan juga, jadi saya beli sebuah telefon bimbit, minta pengawal keselamatan tolong beri kepada mak. Hari kedua mak di hospital, baru dapat cakap dengan mak.

“Hari ketiga, mak tunjuk perkembangan pstif. Dia berselera makan, boleh bersembang macam biasa. Tapi masa tu mak sempat pesan, kalau dia tak ada, dia minta kami adik-beradik selalu berkumpul di rumah mak.

“Hari keempat, kami tak dapat call. Mujur petang tu dapat buat vid3o call. Masa tu mak nak buka top3ng oksig3n dia seolah-olah nak bercakap sesuatu kepada kami.

“Awal pagi hari kelima iaitu Khamis, dalam pukul 3 pagi, doktor beritahu mak dah tak ada,” ceritanya dalam nada s3bak.

Nor Hidayah yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik berkata, apa yang membuatkan mereka sedih dan terkilan adalah kerana tidak dapat menyempurnakan jɛnazah ibu kesayangan.

“Memang sedih sangat namun apabila nurse beritahu, mak ‘pɛrgi’ dalam keadaan yang baik iaitu saat genggam erat telekung, ia jadi pengubat hati.

“Walaupun sedih, kami puas kerana sempat berbakti, dapat jaga sepenuhnya sejak dia j4tuh s4kit dan tak boleh berjalan. Cuma Ramadan tahun ini tak seperti sebelumnya. Dulu rutin saya setiap hari akan bangun pukul 4 pagi, bersihkan dan siapkan mak untuk sahur, solat Subuh dan berpuasa. Saya tak boleh tengok bilik khas dia di rumah saya. Masih terasa seperti dia ada, teringat momen mandikan dia, g0sok kakinya dan siapkan dia,” ujarnya lagi.

Nor Hidayah berkata dia dan adik beradiknya tidak pernah g4gal untuk pergi ke rumah peninggalan ar w4h ibu mereka secara bergilir-gilir, sebagaimana yang diamanatkan sebelum wanita itu menghɛmbuskan nafas terakhir.

“Tak ada siapa duduk di rumah mak tapi kami tetap datang gilir-gilir untuk kemas, siram pokok bunga dan berkumpul adik-beradik. Kami nak tunaikan seperti amanat arw4h mak.

“Memang air mata sentiasa tumpah kalau masuk rumah mak. Buka pintu, nampak seolah-olah dia ada dekat dapur, dekat tempat dia selalu duduk. Rumah sentiasa kemas macam ada orang. Kami pasang alunan ayat suci al-Quran 24 jam, sebagaimana masa mak masih ada.

“Apabila ziarah ke kvburnya, masih tak percaya yang mak dah tiada,” ceritanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih sehingga lebih 600,000 jumlah tontonan di TkTk, Nor Hidayah berkata dia turut terharu apabila membaca komen daripada netizen.

“Ada yang cakap terima kasih sebab ingatkannya, kerana lambat laun semua akan rasa momen seperti video itu.

“Salah satu komen menyentuh hati saya, apabila ada yang kata dia guna Ggle Map untuk tengok rumah pusa ka peninggalan ibu bapanya. Saya bersyukur sebab saya masih boleh datang ke rumah mak untuk lepas rindu.

“Ada juga yang komen, mereka tak kenal pun mak tapi menangis teresak-esak selepas tengok video tu.

“Saya mohon pada anak-anak yang masih ada ibu dan ayah, hargai mereka, ciptalah momen yang akan buat kita ingat sampai bila-bila. Tak lupa, terima kasih kerana mendoakan mak dan sedekahkan Al-Fatihah,” akhirinya.

Sumber: nasihatustaz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*