Memori Ramadan Bersama Siti Sarah, Shuib Teringat Berbuka Puasa Ramai-Ramai

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

Memori Ramadan Bersama Siti Sarah, Shuib Teringat Berbuka Puasa Ramai-Ramai

Ketibaan Ramadan pada tahun ini memberi suasana berbeza buat pelawak Shuib apabila buat pertama kalinya dia menyambut bulan suci itu tanpa kehadiran isteri cinta, Allahyarhamah Siti Sarah.

Shuib atau Shahmira Muhmad 38 tahun, perlu menguruskan keperluan anak-anak seorang diri yang dianggap sedikit mencabar dan perlu membiasakan keadaan seperti beberapa bulan ketiadan ar w4h isteri.

“Bulan puasa pada tahun ini agak mencabar untuk saya tapi saya cukup bersyukur sebab anak-anak dah faham dan mereka sangat mudah diurus.

“Anak-anak teruja nak berpuasa dan langsung tak tunjuk perangai merɛngek atau menangis nak berbuka puasa. Malah, nak bangun bersahur sama-sama pun sangat senang. Mereka juga nak ikut saya pergi pasar walaupun berpuasa,” katanya kepada URTV.

Shuib berkongsi rutin harian menguruskan anak-anak sepanjang bulan Ramadan pada sidang media program Diari Daddy yang diadakan secara virtual sebentar tadi.

Disoal kenangan paling tidak dilupakan ketika menyambut Ramadan bersama Siti Sarah, ahli kumpulan Sepahtu itu merindui momen berbuka puasa beramai-ramai di rumahnya.

Kata Shuib, Siti Sarah antara ‘mastɛrmind’ yang akan menyediakan juadah masakan dan menjemput tetamu untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Di tingkat paling atas rumah saya ada ruang barbeku. Disitulah, Sarah tanpa g4gal akan anjurkan majlis berbuka puasa setiap tahun.

“Dia yang akan tentukan menu-menu berbuka dan akan masak untuk tetamu yang dia sendiri undang. Memang kami suka berbuka puasa dengan ramai orang di rumah. Itulah pengalaman paling indah yang tak boleh saya lupa,” ujarnya.

Ujar Shuib, dilahirkan sebagai anak tunggal, antara faktor mengapa dia menyukai majlis berbuka puasa yang dihadiri ramai tetamu.

“Saya anak tunggal yang dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Dahulu masa bujang, berbuka puasa dan sahur tak seronok sebab saya seorang diri.

“Bila berkahwin dengan Sarah, dari situlah saya belajar rupanya seronok makan dan bersahur ramai-ramai. Dialah yang masukkan tradisi itu dalam keluarga, kadangkala buka puasa dah macam kenduri. Untuk tahun ini, alhamdulillah, masih ada ramai lagi ahli keluarga yang lain,” jelasnya.

Pasangan Shuib dan Siti Sarah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7 dan Ayash yang kini berumur tujuh bulan.

Sumber: Utusantv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*