“Dia Bl0ck Nombor, Malu Jumpa Pakcik..” Sebak Lihat Lelaki Derita Rindukan Anak-anak

Join Telegram Islam Itu Sempurna Di Bawah

Telegram

“Dia Bl0ck Nombor, Malu Jumpa Pakcik..” Sebak Lihat Lelaki Derita Rindukan Anak-anak

Bukan mudah untuk seseorang itu menanggung rasa rindu, lebih-lebih lagi jika insan tersayang sudah ‘hilang’ tanpa khabar berita sekali gus sukar untuk mengawal emosi sehingga mengalirkan air mata.

Situasi seperti itu terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TkTk, @muhammadanas_ariqin yang merindui kehadiran anak-anaknya setelah dipercayai sudah tidak menghubungi antara satu sama lain.

Dah tak mampu bertahan, teramat rindu

Menerusi video berdurasi hampir seminit yang dikongsi, lelaki sekitar usia 50-an itu menangis apabila mengenang nasibnya yang ditinggalkan anak-anak selain memohon doa agar mereka dipertemukan kembali.

Difahamkan, dia yang dipercayai menghi dap masalah jantung itu sudah cuba melupakan tetapi naluri seorang bapa pasti sukar bagi menerima kenyataan dilakukan anak sendiri seolah-olah tidak mengenang jasa orang tua.

“Aku rindu anak aku, Ya Allah. Kau pertemukanlah aku dengan mereka, apa nasib aku. Aku cuba lupakan tapi tak mampu. Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan dan lupakan aku,” katanya yang sudah berpisah dengan isteri.

Sekiranya dilihat berdasarkan posting lain, @muhammadanas_ariqin kerap memuat naik video yang tidak jemu meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya walaupun perit untuk ditanggung selama ini.

Tiada siapa yang faham

“Dulu bila waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingat kan abah, jangan lupa makan ubat sekarang sepi hilang semua tu.. Semoga anak abah sihat² ye,” ujarnya. Semoga terbuka hati anak2 untuk jenguk saya.

Meninjau ke ruangan komen, video meraih sejuta tontonan itu menerima ribuan komen netizen yang tersentuh hati melihat situasi dihadapi bapa itu serta menitipkan doa supaya urusannya dipermudahkan Allah SWT.

“Dia dah sekat nombor pakcik”

Sedihnya.. lembutkanlah hati anak-anak

Moga dipermudahkan urusan

“Lepas jatuh sakit jantung, isteri minta berpisah”

Sebak la hati ini

“Rindu kat anak, masing-masing lupakan pakcik”

Bagaimanapun, tiada kisah atau maklumat lanjut diperoleh mengenai pakcik tersebut. Diharapkan anak-anaknya sedar video dikongsi bapa mereka telah tu lar dan terbuka hati untuk bertemu antara satu sama lain.

Sumber: @muhammadanas_ariqin / omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*